BERITA

Hisham: Jangan kecewa, Mohd Ali...

Abdul Rahim Sabri

Diterbitkan
Dikemaskini 5 Okt 2012, 12:48 tengahari

Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein mempertikaikan pihak yang membangkitkan isu perkahwinan mega anak lelaki Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ali Rustam.

Katanya, perkara tersebut sengaja dibangkitkan memandangkan pilihan raya umum semakin hampir.

NONE "Dalam masa pilihan raya (semakin tiba) apa benda boleh dijadikan isu. Isu atau sesuatu kes tahun lepas mungkin akan ditimbulkan hari ini.

"Kalau pemimpin kita buat kerja kahwin anak, kalau musim lain tak jadi isu, sekarang jadi isu.

"Esok saya akan berjumpa dengan Datuk Seri Ali. Saya nak beritahu dia, jangan kecewa kerana musim politik sekarang ini, semua faham. Saya nak jumpa hari tu tak sempat... Faham-faham sajalah musim sekarang ini," katanya.

Sehubungan itu, menteri dalam negeri itu juga mengingatkan supaya tidak terikut-ikut dengan amalan kebencian dan serangan peribadi sehingga kerja kahwin pun hendak dipolitikkan.

"Walhal itu satu perkara, yang semua keluarga terpaksa melaluinya termasuk saya," katanya ketika diminta pemberita mengulas kontroversi itu di Subang Jaya hari ini.

Jadilah pelanggan Malaysiakini untuk menyokong media bebas menyalurkan sumber maklumat dalam negara yang boleh dipercayai. Bersama membina Malaysia yang lebih baik.

Langgan dengan hanya RM200 setahun atau RM20 sebulan.