Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli mempertikaikan satu laporan New Straits Times hari ini bahawa Suruhanjaya Bebas Mencegah Rasuah (ICAC) Hong Kong mengugurkan siasatan rasuah didakwa melibatkan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

"Saya sangsi bahawa ia (laporan) yang benar," katanya yang mempersoalkan memetik sumber tidak dinamakan itu.

Dalam dua kunjungannya ke Hong Kong sebelum ini, kata Rafizi, penyiasat yang mengetuai siasatan tersebut menegaskan bahawa badan berkenaan tidak akan mendedahkan apa-apa butiran atau status siasatan tersebut kepada sesiapa sekalipun.

"Itu adalah cara mereka bekerja... Sebab itu saya percaya (laporan berita) itu mungkin tidak benar," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Rafizi berkata beliau bagaimanapun akan menghantar surat kepada ketua siasatan ICAC, yang ditemuinya sebelum ini, untuk memaklumkan mengenai laporan akhbar New Straits Times yang mendakwa demikian.

Dalam laporan hari ini, akhbar berbahasa Inggeris itu yang memetik sumber tidak dinamakan, mendakwa ICAC memutuskan untuk mengugurkan siasatan berkenaan kerana tidak memperolehi bukti baru.

[Baca berita penuh]

ADS