Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Video dakwa dedah salahguna lesen oleh keluarga Taib
Diterbitkan:  Mar 19, 2013 10:31 AM
Dikemaskini: 12:59 PM

VIDEO | 16.24 min 

EKSKLUSIF  Satu siasatan oleh sebuah NGO antarabangsa telah mendedahkan bukti video yang mendakwa bagaimana ahli keluarga Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan rakan perniagaan penyalahgunaan lesen pembalakan untuk memperkayakan diri mereka.

Dua sepupu Taib, ahli keluarga kepada rakan kongsi utama Taib, dan seorang peguam yang mewakili kerajaan negeri Sarawak telah dirakam dalam video, didakwa menjelaskan mekanisme untuk mengelakkan undang-undang yang sedia ada bagi memperolehi keuntungan daripada skim itu.

NONE Video itu telah direkodkan secara tersembunyi oleh seorang

penyiasat dengan Global Witness, sebuah NGO yang berpangkalan di London yang menyiasat dan berkempen menentang pencabulan hak asasi alam sekitar dan manusia.

Penyiasat itu telah dihantar ke Sarawak tahun lepas, dengan menyamar sebagai "pelabur asing" yang ingin membeli tanah untuk mengusahakan ladang kelapa sawit.

Penyiasat itu menemui Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (Recoda), badan kerajaan negeri yang mengendalikan pelaburan asing, dan terus dibawa kepada ahli-ahli tertentu keluarga Taib yang menjual sebuah syarikat yang dilesenkan untuk membalak dan membersihkan tanah untuk perladangan di Sarawak.

Lesen ini dikeluarkan oleh Kementerian Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Sarawak, yang diketuai oleh Taib.

Pertemuan dengan ahli keluarga dan ejen lain syarikat itu telah dirakam secara tersembunyi oleh Global Witness dan dihasilkan menjadi filem selama 15 minit yang disiarkan di lamanwebnya.

[Baca berita penuh]

1. Taib: Sepupu tu bukan pengantara saya

2. Cara S'wak elak cukai, syarat pegangan saham

ADS