Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pakatan Rakyat akan mula memfailkan 35 petisyen berhubung kesalahan yang didakwa berlaku semasa pilihan raya 5 Mei, bermula hari ini sehingga tempoh tersebut berakhir pada Khamis.

Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli berkata tindakan berkenaan akan melibatkan kos permulaan sebanyak RM500,000 dan Pakatan seterusnya perlu mengumpul sebanyak RM1 juta lagi.

NONE Bercakap dalam sidang media di Petaling Jaya hari ini, Rafizi ( kiri ) berkata jumlah berkenaan adalah untuk menampung kos deposit awal untuk petisyen, sebanyak RM15,000, dan kos RM30,000 untuk setoap petisyen yang difailkan.

Kos berkenaan perlu dibayar kepada defendan sekiranya mahkamah mengenepikan petisyen berkenaan atau sekiranya plaintif tewas dalam kes tersebut.

Pakatan bagaimanapun akan dapat menjimatkan kos kerana kebanyakan daripada kos guaman tersebut adalah percuma, kata Rafizi.

Petisyen yang akan dikemukakan itu melibatkan 25 kawasan parlimen dan 10 kawasan DUN, katanya.

[Baca berita penuh]

ADS