Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

PKR Selangor masih belum dimaklumkan berhubung tugas yang akan diberikan kepada Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution atas kapasitinya sebagai pegawai perhubungan parti di pejabat menteri besar.

NONE Timbalan pengerusi perhubungan negeri Zuraida Kamaruddin berkata, pihaknya masih belum menerima skop kerja Saifuddin.

Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini, beliau juga berkata, perkara itu akan dibincangkan dengan pengerusi negeri Azmin Ali yang kina berada di luar negeri.

Ditanya sama ada kepimpinan negeri dimaklumkan dan bersetuju dengan lantikan Saifuddin, Zuraida enggan mengulasnya kerana tidak mempunyai maklumat berhubung perkara itu.

[Baca berita penuh]

ADS