Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
TPPA: MTEM bertindak keluar mesyuarat dengan MITI

Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) bertindak meninggalkan mesyuarat dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) semalam selepas pihak kementerian enggan memberikan maklumat mengenai rundingan sulit berhubung  Perjanjian Kerjasama Trans Pasific (TPPA).

"Ia sepatutnya mesyuarat dua jam tetapi ia berhenti selepas 90 minit. Mereka mulakan mesyuarat tapi kami yang menamatkannya," kata Ketua Pegawai Eksekutif Mohd Nizam Mahshar yang menyifatkannya sebagai satu "tindakan diplomatik".

NONE MTEM telah menyatakan kebimbangan bahawa TPPA, perjanjian perdagangan bebas yang termasuk, antara lain, Australia, Kanada

dan Amerika Syarikat, akan mengancam perniagaan kecil hingga sederhana tempatan dan mendedahkan Malaysia kepada keadaan perdagangan yang berat sebelah.

Nizam berkata meskipun MITI menegaskan ia telah berunding dengan pihak-pihak berkepentingan dalam rundingan tersebut, tetapi tegasnya mungkin tidak ada rundingan yang bermakna jika kerajaan enggan mendedahkan sebarang maklumat, kerana sokongan terhadapnya akan akhirnya menjejaskan pengguna dan perniagaan di Malaysia.

"MITI menegaskan ia telah berunding dengan pihak industri, tetapi apa yang anda maksudkan dengan perundingan? ... Jika teks (perjanjian itu) tidak didedahkan, maka perundingan tidak boleh diadakan...," kata Nizam dalam satu sidang akhbar hari ini.

Katanya, walaupun mereka tidak dapat memberi teksnya, tetapi mereka sekurang-kurangnya perlu memberitahu pihaknya perkara penting yang sedang dirundingkan.

Nizam mendakwa sedangkan AS memaklumkan kepada syarikat multi-nasional dan wakil Amerika lain berkaitan tentang TPPA, tetapi pihak berkepentingan di Malaysia tidak pula diberitahu apa-apa oleh kerajaannya sendiri.

Menurutnya, semasa mesyuarat itu, para pegawai MITI mempersalahkan "NGO" yang didakwa telah mengelirukan pihak media dan pembangkang mengenai perjanjian perdagangan itu, tetapi ia tidak secara khusus menyebut MTEM.

[Baca berita penuh]

ADS