BERITA

GSC: Tiada tayangan Tanda Putera di P Pinang

Diterbitkan
Dikemaskini 30 Ogs 2013, 12:43 pagi

Rangkaian pawagam Golden Screen Cinemas (GSC) akur dengan “arahan” kerajaan Pulau Pinang untuk tidak menayangkan filem kontroversi 'Tanda Putera' di kesemua panggung wayangnya di negeri tersebut.

NONE Satu kenyataan GSC pagi ini menyebut, syarikat berkenaan akan memulangkan wang pelanggan yang telah membeli tiket lebih awal.

"Selari dengan arahan Kerajaan Pulau Pinang semalam, filem 'Tanda Putera' tidfak akan ditayangkan di Pulau Pinang," kenyataan itu dipetik.

Tindakan untuk menghalang penayangan filem berkenaan diumumkan oleh exco kerajaan negeri Chow Kon Yeow, semalam .

Menteri penerangan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dalam reaksinya semalam menyifatkan tindakan berkenaan mencerminkan "kebodohan" kerajaan negeri itu.

"Itu membayangkan kebodohan mereka. Orang yang membuat keputusan itu, mereka sendiri tidak menonton filem tersebut. Seharusnya mereka mendengar pandangan profesional terlebih dahulu sebelum membuta-tuli mengharamkan," tambahnya. 

[Berita penuh menyusul]

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.