Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali berkata mayat Chin Peng tidak harus dibawa pulang ke negara ini dan sejarah mengenai bekas pemimpin Parti Komunis Malaya itu juga perlu dipadam.

NONE Ibrahim berkata rakyat Malaysia wajar melupakan terus Chin Peng, yang dilaporkan meninggal dunia di Bangkok akibat sakit tua hari ini, kerana bekas setiausaha agung PKM itu merupakan seorang “penjenayah”.

"Sama ada mayatnya patut dibenar untuk dibawa pulang, pada hemat saya, tidak perlu.

"Kalau masa hidup pun kita tidak setuju Chin Peng dibenar pulang ke Malaysia, maka selepas mati pun, mayatnya tidak patut diizin untuk di kebumikan di Malaysia," katanya.

Ibrahim berkata, generasi muda sepatutnya memperingati tokoh lain seperti Tun Tan Cheng Lock dan Tun Tan Siew Sin berbanding Chin Peng.

NONE "Sejarah manusia seperti Chin Peng mesti dipadamkan daripada sejarah daripada diketahui oleh rakyat terutama generasi muda.

"Ada juga sejarah peristiwa hitam yang patut diketahui oleh masyarakat untuk pengajaran, tetapi tidak sejarah penganas dan penjenayah yang merosakkan negara.

"Elok lupa sajalah Chin Peng ini," katanya dalam satu kiriman SMS kepada Malaysiakini.

Chin Peng, 90, adalah bekas pemimpin Parti Komunis Malaya yang tinggal dalam buangan di selatan Thailand dilapor meninggal dunia di sebuah hospital di Bangkok, akibat sakit tua pada jam 6.20 pagi ini.

Mengulas lanjut, Ibrahim - yang dianggap pemimpin yang lantang membela hak Melayu - berkata beliau langsung tidak terkejut dengan berita kematian Chin Peng kerana dimamah usia.

"Chin Peng sudah mati. Saya langsung tidak terperanjat. Ini kerana usianya yg sudah tua, maka dia patut lama sudah mati," katanya.

Nyatakan sokongan anda pada kewartawanan mapan

Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk melaporkan kebenaran. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini sebagai sumber kewartawanan berkualiti. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk mempertahankan ketelusan dan keadilan.

Tanpa tauke untuk menentukan bentuk pemberitaan; bebas daripada pengaruh politik dan komersial, Malaysiakini hanya mempunyai satu sahaja bos - anda, rakyat.

Mengambil kesempatan ini, kami ingin mengucapkan terima kasih atas rasa cinta anda kepada tanah air serta kepercayaan yang diberikan untuk kami menggalas tugas ini - sebagai semak dan imbang kepada kekuasaan.

Kami bergantung kepada langganan anda untuk mempertahankan pendirian ini. Terima kasih.

Lagi berita dari pengarang :
Lagi berita seperti ini :
Paling Popular
Terkini