Malaysiakini
Malaysiakini BERITA

'Polis' lego gagal halang mural JB dipadam

Lee Way Loon

Diterbitkan  |  Dikemaskini

Nampaknya, tambahan lukisan anggota polis pun tidak dapat 'melindungi' mural (lukisan dinding) 'jenayah' Ernest Zacharevic apabila pekerja Majlis Bandaraya Johor Bahru memadamkan karya seni itu dengan cat putih hari ini.

                                   

Lukisan awal yang dimuat-naik di forum Internet popular 'JB Talks' menunjukkan 'perompak' Lego telah dipadam dengan cat putih, begitu juga dengan lukisan 'polis' lego tersebut.

ernest painting added police 131113 04 Satu lagi lukisan menunjukkan ketiga-tiga watak - seorang wanita

membawa membawa beg tangan Chanel, seorang perompak dan seorang anggota polis - telah dipadam dengan cat putih.

Dalam reaksi di facebooknya, Zacharevic menggesa para penyokongnya supaya jangan kecewa.

Zacharevic juga memasukkan satu lagi versi mural, kali ini menukar wanita Lego menjadi tuhan Viking Thor, dengan kapsyen "Thorism".

Terdahulu, Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor menolak usul tergempar untuk membahaskan keriuhan mengenai mural tersebut.

Ketika dihubungi, ADUN DAP Johor Jaya, Liow Cai Tung, speaker berkata ini kerana beliau telahpun membangkitkan perkara itu sewaktu perbahasan".

johor state assembly sitting 190813 liow cai tung Menurut Liow (kiri), Speaker berkata bahawa ahli exco akan menjawab di DUN mengenai perkara-perkara yang dibangkitkan semasa perbahasan esok.

Liow (kanan) telah bercakap tentang mural tersebut - yang mana Majlis Bandaraya Johor Bahru berkata akan memadamnya - ketika membahaskan Bajet 2014 negeri pada hari Isnin.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata daripada memadamkan mural tersebut, kerajaan sepatutnya membuang iklan peminjam wang haram atau (perkhidmatan) Ah Long.

Liow berkata terdapat begitu banyak iklan tersebut sehingga menutup papan tanda jalan raya.

[Baca berita penuh]