Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Reformis bogel' calon bebas di Kajang
Diterbitkan:  Jan 30, 2014 2:25 PM
Dikemaskini: 6:35 AM

Seorang lagi tampil mencalonkan diri sebagai calon bebas bagi mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Ramlan Abu Bakar ( kanan ), presiden NGO dikenali Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia, berkata, beliau mengambil keputusan itu setelah melihat “konspirasi politik” Anwar menyusahkan rakyat, lapor 

Sinar Harian .

Beliau berpendapat, Anwar mempunyai agenda politik kotor dan secara halus ingin merampas jawatan menteri besar Selangor yang disandang oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Saya reformis akan mencabarnya habis-habisan dalam pilihan raya nanti dan ini lah platform terbaik kepada reformis untuk mendedahkan kelemahan Anwar dan pentadbiran kerajaan negeri Selangor," beliau dipetik sebagai berkata.

Ramlan sebelum ini terkenal dengan " skuad berani bogelnya " dan lantang mencabar kerajaan Selangor.

Sebelum ini, turut menyatakan hasrat bertanding calon bebas Yuktes Vijay, bekas pembantu kepada peguam Anwar, Sankara Nair dan sebuah parti baru NewGen.

Dewan Ulama: Serah pada PAS jika MB baru

Dalam perkembangan lain, Dewan Ulama PAS pula menggesa PKR menyerahkan kerusi menteri besar Selangor kepada PAS jika benar terdapat agenda menyingkirkan Khalid.

Menurut ketua penerangannya Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, tindakan PKR mempertikaikan kedudukan Khalid sama seperti mempertikaikan Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang.

"Sekiranya benar perlu ditukarkan menteri besar, secara mudah boleh serahkan kembali kepada PAS dan kami memilih ADUN Cempaka, Iskandar Abdul Samad sebagai calon menteri besar yang baru," katanya.

Bahkan laporan harian itu juga menyebut, Khalid telah mentadbir Selangor dengan baik sehingga tiada kewajaran untuk melakukan penyingkiran.

Khairuddin berpendapat, pilihan raya kecil yang akan diadakan di Kajang sebenarnya “pengkhianatan” terhadap tahaluf siyasi (kerjasama politik) kerana ia langkah licik demi kepentingan PKR dan bukannya Pakatan Rakyat.

ADS