Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat tidak akan bertindak tergesa-gesa untuk mengantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor.

"Ada persefahaman, tapi saya tak fikir kita perlu tergesa-gesa," katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya di Segambut malam ini.

Beliau ditanya sekiranya Pakatan menetapkan tempoh tertentu kepada Khalid untuk berundur dari jawatan tersebut.

Anwar berkata Pakatan sedang berunding untuk mencari penyelesaian ke atas perkara itu.

Anwar juga enggan menjelaskan sekiranya Khalid sudahpun memilih pengganti untuk jawatan berkenaan.

"Perbincangan ini dibuat secara tertutup, lebih baik kita tanganinya dengan teratur dan tertib," katanya.

Anwar turut memuji prestaasi yang ditunjukkan Khalid, namun menambah rakyat Selangor menaruh harapan yang lebih tinggi pada Pakatan.

"Kadang-kadang kita perlu bina persefahaman...," katanya yang memberi gambaran bahawa Khalid sering mengabaikan rundingan dengan parti dan Pakatan ketika membuat keputusan penting.

Awnar berkata, proses itu juga sebahagian dari "Langkah Kajang" – rancangan untuk beliau bertanding di kerusi DUN Kajang dan seterusnya dilantik ke jawatan MB.

"Langkah Kajang itu secara asasnya untuk meningkatkan prestasi.

"Harapan rakyat terlalu tinggi dan orang sudah tidak sabar, seperti komen dari NGO," katanya, merujuk kepada kritikan dari masyarakat sivil ke atas keputusan Khalid yang menimbulkan kontroversi, termasuk projek lebuh raya Kinrara-Damansara (Kidex).

Anwar turut ditanya mengenai pertemuan di antara Khalid dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam satu majlis berbuka puasa semalam.

Anwar tidak menunjukkan kebimbangan ke atas pertemuan tersebut, dan Khalid juga telah menjelaskan perkara itu.

"Kita temui (Khalid) pada malam tadi dan beliau menjelaskan dan berjenaka mengenainya (sebagai reaksi kepada pertemuan itu," kata Anwar lagi.

Katanya, isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang juga presiden PKR, turut hadir dalam pertemuan dengan Khalid.

Anwar diminta mengulas mengenai spekulasi yang timbul mengenai kemungkinan Umno cuba mendekati Khalid, yang kini berdepan tekanan dari PKR untuk meletak jawatan sebagai MB.

[Baca berita penuh]

ADS