Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan mendiang bapa pengasas Singapura, Lee Kuan Yew sebagai "kiasu" kerana pendiriannya yang tegas dan keras dalam rundingan.

Dr Mahathir berkata hubungan Lee dengan Malaysia tidak mesra ekoran pengusiran Singapura daripada Persekutuan.

Oleh itu, kata Dr Mahathir, adalah sukar untuk berurusan dengan Lee ketika beliau menjadi perdana menteri.

"Kita ada 20 masalah untuk diselesaikan dan saya menghabiskan masa 22 tahun (sebagai perdana menteri) untuk cuba menyelesaikannya, tetapi satu pun saya tak dapat selesaikan

"Beliau tidak akan berganjak walau seinci pun, kiasu, anda tahu," katanya dalam sesi dialog dengan pelajar di Cyberjaya hari ini.

Antara isu itu, kata Mahathir ialah bagaimana penduduk Sabah dan Sarawak yang bekerja di Singapura boleh mengeluarkan wang daripada kumpulan wang simpanan pusat.

"Mereka semua rakyat Malaysia. Kita mesti dilayan sebagai sebuah negara tetapi tidak ada kemajuan," katanya.

Dr Mahathir berkata walaupun selepas Lee bersara, beliau tidak juga dapat menyelesaikan perkara itu dengan Singapura.

"Apabila kita mahu bina sebuah jambatan (ke Singapura), dia (Lee) yang telah bersara datang dan beritahu saya, anda perlu tunggu bila Goh Chok Tong (pengganti Lee) tak ada, kerana dia nostalgia dengan tambak (lama)," katanya.

Dr Mahathir juga menafikan beliau seorang pemimpin yang authoritarian semasa menjadi perdana menteri dari 1981 hingga 2003, dengan mengatakan jika beliau begitu, dia tidak akan melepaskan kuasa.

Kes Lee bagaimanapun, katanya, berbeza. Walaupun melepaskan kuasa, beliau kekal dalam kerajaan dalam kapasiti yang berbeza.

"Mana ada pemerintah yang autoritarian meletakkan jawatan? Boleh beritahu saya?

"Lee Kuan Yew meletakkan jawatan sebagai perdana menteri tetapi dia masih berada dalam kerajaan sebagai menteri kanan dan menteri mentor," katanya..

Sebaliknya, kata Dr Mahathir, beliau bersara sepenuhnya.

[Baca berita penuh/asal]

Lihat Komen
ADS