Dua ceramah penting PAS berlangsung malam tadi - satu di Pantai Timur dan satu lagi di Selatan tanahair.

Di Rusila, Terengganu, ribuan berpusu-pusu ke Dewan Tok Guru untuk menghadiri "Himpunan Istiqamah Sampai Kemenangan".

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hadir di majlis itu bersama barisan anggota baru jawatankuasa pusat PAS yang dipilih dalam muktamar parti itu pada awal bulan ini.

Manakala di ibu pejabat PAS kawasan Bakri, Muar, Johor, pula suasananya amat berbeza sama sekali.

Barisan penceramah yang diketengahkan di majlis itu yang dinamakan 'himpunan jasamu dikenang", terdiri daripada pemimpin yang ditolak dalam pemilihan PAS yang lalu.

Walaupun penceramahnya tidak lagi memegang jawatan dalam barisan kepimpinan PAS, tetapi ramai yang hadir - lebih 1,000 orang mengisi ruang yang sempit di situ.

Apabila diminta menilai mood hadirin, bekas ketua Pemuda PAS Suhaizan Kayat memberitahu Malaysiakini bahawa terdapat gesaan berterusan dari hadirin supaya "membentuk sebuah parti baru".

"Nampaknya itulah aspirasi mereka ... Saya memberitahu mereka bahawa saya akan meneruskan perjuangan saya menentang BN," kata Suhaizan selepas acara tersebut.

Penceramah terakhir ialah bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu, yang nampaknya membayangkan beliau dan rakan-rakannya mungkin mahu mencari wadah yang baru.

Bagi mereka, katanya, ia bagi memulakan perjuangan baru.

Mat Sabu turut membidas seorang pemimpin PAS Johor yang didakwanya tidak konsisten. Walaupun tidak menyebut namanya, namun ia dilihat merujuk kepada pesuruhjaya PAS Johor, Mahfodz Mohamed.

Katanya, pemimpin itu memanggil DAP pengkhianat , tetapi selepas pelantikannya, dia berkata dia mahu berkawan dengan DAP.

Apabila Mat Sabu bertanya pemimpin itu dari negeri mana, hadirin melaungkan "Johor".

[Baca berita penuh/asal]

 
 
 

Lagi berita dari pengarang :
Lagi berita seperti ini :
Lihat Komen
ADS
Paling Popular
Terkini
ADS