Proton gagal bersaing: MITI
Industri pembuatan kereta tempatan gagal menyaingi keluaran negara-negara lain kerana kos pengeluaran yang masih tinggi dan memerlukan tambahan 120,000 unit setahun untuk mengurangkan kos.
Industri pembuatan kereta tempatan gagal menyaingi keluaran negara-negara lain kerana kos pengeluaran yang masih tinggi dan memerlukan tambahan 120,000 unit setahun untuk mengurangkan kos.
""Proton perlu mencapai pengeluaran sebanyak 350,000 unit setahun untuk mencapai tahap skala ekonomi (economies of scale)," kata Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Foo Ah Kiow di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menambah setakat ini Proton hanya mampunyai kemampuan untuk mengeluarkan 230,000 unit setahun.
Beliau menjawab soalan Ketua Pembangkang Datuk Fadzil Mohd Noor (PAS-Pendang) dan Tan Kok Wai (DAP-Cheras) yang ingin mengetahui keupayaan perusahaan kereta nasional itu bagi menghadapi persaingan antarabangsa, termasuk liberalisasi pasaran automobil Asean (Afta) pada 2005.
Foo berkata Proton sedang meningkatkan keupayaan penyelidikan dalam bidang kejuruteraan dan teknologi dengan membeli syarikat teknologi terkenal terkenal seperti Lotus Group International Limited dan Michigan Automotive Research.
"Proton telah melakukan pelaburan yang besar bagi pusat kajiannya sejak tahun 1996. Pusat ini bertanggungjawab meningkatkan kemudahan dan kualiti produk keluaran syarikat serta membangunkan produk baru," ulas Foo.
Industi automotif Malaysia terjejas teruk akibat krisis ekonomi serantau yang berlaku pada pertengahan 1997, jelasnya lagi.
"Krisis yang berlaku telah menyebabkan wujudnya lebihan kapasiti yang serius. Berikutan daripada itu, Malaysia telah memohon penangguhan kemasukan industri automotif ke dalam skim Keutamaan Am Tarif (CEPT," jelas Foo.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.