Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bos The Edge akui janjikan imbuhan
Diterbitkan:  Jul 24, 2015 12:48 PM
Dikemaskini: 4:56 AM

Pemilik kumpulan media The Edge , Datuk Tong Kooi Ong mengakui mengelirukan Xavier Andre Justo berhubung bayaran untuk mendapatkan dokumen berkaitan 1MDB.

Bagaimanapun kata Tong tindakan itu dibuat bagi memastikan pihaknya memperoleh bukti daripada bekas eksekutif PetroSaudi International itu.

"Ya, kami mengelirukan dia. Tetapi hanya itu cara untuk mendapatkan bukti bagi mendedahkan bagaimana sekumpulan kecil warga Malaysia dan asing menipu rakyat Malaysia (membabitkan) AS$1.83 bilion (RM6.97 bilion).

"Kenyataannya mengesahkan apa yang kami katakan sebelum ini, kami tidak membayar kepada sesiapa," kata Tong dalam kenyataan media hari ini.

Tong yang disiasat mengikut Seksyen 124 Kanun Keseksaan membuat kenyataan itu sebagai reaksi kepada temu bual Justo dengan akhbar Singapura, Straits Times .

Tong bagaimanapun menafikan dakwaan Justo bahawa ada rancangan untuk mengubah suai dokumen itu bagi menjatuhkan kerajaan.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS