Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
RM7.6 juta untuk maklumat Justo?
Diterbitkan:  Jul 24, 2015 12:35 PM
Dikemaskini: 4:38 AM

Bekas eksekutif PetroSaudi International (PSI) Xavier Andre Justo mendakwa seorang ahli perniagaan terkenal Malaysia menawarkn imbuhan bernilai AS$2 juta (RM7.6 juta) sebagai pertukaran data yang didakwa dicuri dari syarikat berkenaan.

Ditemu bual akhbar Straits Times Singapura, Justo - kini ditahan di penjara Thai - berkata pengarang Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown terbabit dalam 'pertukaran wang untuk maklumat' itu.

Kata Justo, ia dipersetujui dalam pertemuan di Singapura pada Februari tahun ini.

Namun katanya, tidak belum menerima sebarang bayaran selepas menyerahkan dokumen PSI itu.

"Saya cuba membuka akaun di Singapura supaya wang boleh disalurkan terus daripada akaun (pembeli) tetapi DBS enggan (membuka akauan) . Saya tak tahu mengapa.

"Selepas itu saya membuka akaun (bank) di Abu Dhabi menggunakan nama sendiri tetapi pembeli menolak (menyalurkan wang) kerana nama saya ada di situ," katanya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS