Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Menteri Pelancongan Datuk Seri Datuk Seri Nazri Aziz membidas Jabatan Imigresen yang berada di bawah Kementerian Dalam Negeri kerana tidak melaksanakan keputusan kabinet berhubung pemberian visa percuma kepada pelancong rakyat China yang mahu melawat negara ini.

Menurutnya, Jabatan Imigresen bukan sahaja tidak membantu untuk memudahkan pelancong dari negara yang mempunyai penduduk kira-kira 120 juta orang itu ke negara ini sebaliknya mengetatkan lagi pemberian visa.

Katanya, Jabatan Imigresen hanya memberikan visa sekiranya pelancong itu datang secara berkumpulan iaitu sebanyak 20 orang berbanding Indonesia dan Thailand yang menghapuskan keperluan visa.

"Pelancong negara Rusia, yang dahulunya negara komunis, diberikan visa percuma selama 30 hari. Tetapi pelancong negara China, juga negara komunis sekarang, mereka tidak diberikan visa. Saya tidak faham mengapa ini boleh berlaku.

"Pelancongan dari negara jiran yang menghapuska visa iaitu Indonesia dan Thailand dan mendapat peluang besar, tapi Malaysia mengetatkan lagi. Tidak melaksanakan keputusan kabinet, mereka mengetakan lagi.

"Sebenarnya keputusan kabinet tidak dilaksanakan oleh pihak Imigresen. Ia amat merugikan kepada negara kita," katanya di Dewan Rakat.

Menurutnya, jumlah pelancong China bermula Januari hingga Jun 2015 menurun 11.7 peratus berbanding pada tempoh yang sama pada tahun lalu.

Pada tahun ini, jumlah pelancong China sebanyak 751,383 orang manakala tahun lalu berjumlah 850,877 orang.

Nazri menjawab soalan lisan tambahan Anthony Loke (DAP-Seremban) sama ada kerajaan bercadang untuk melonggar pemberian visa atau pengecualian visa keada pelancong daripada negara itu secara indvidu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS