Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

KINIBIZ Hampir tiga tahun selepas Amunuddin Basirron dan Faridah Zakaria memulakan perniagaan tudung mereka 2006, mereka dapat menuai hasilnya.

Peminat dan pengikut mereka semakin bertambah. Hasil yang diperolehi mencecah enam angka. Fareeda semakin mendapat perhatian media dan membuka lembaran baru dalam bidang fesyen pakaian tudung.

Pasangan ini tidak menyangka akan usaha mereka akan beroleh kejayaan seperti ini. Titik perubahannya adalah media sosial, kata Aminuddin.

“Pada masa itu, media sosial baru mendapat perhatian, jadi saya cadangkan kepada isteri saya supaya buka satu laman di Facebook.

“Kini kami mendapat lebih daripada satu juta 'like' selepas lima tahun,” katanya.

Pertubuhan mendadak itu dalam jumlah pelanggan juga seiring dengan peningkatan populariti mereka di Facebook.

Permintaan ke atas tudung mereka naik mendadak, lebih tinggi daripada keupayaan mereka untuk mengeluarkan tudung.

Ini menyebabkan kekurangan stok dan keadaan itu semakin berulang apabila memasuki 2010 dan Fareeda membuka dua lagi cawangan di Kuala Lumpur dan Shah Alam.

“Kadang kala ianya menyedihkan kerana kami terpaksa menutup cawangan itu beberapa hari lamanya kerana keputusan stok.

“Kami tetap membuka butik di Bangi kerana operasi pengeluaran di tingkat atas, oleh itu tudung yang siap terus dibawa ke stor,” kata Aminuddin.

Peningkatannya berterusan sejak beberapa tahun dan Fareeda membuka cawangan baru – lapan kesemuanya setakat ini.

Selain daripada dua outlet di Bangi, Fareeda juga memiliki butik fizikal di Shah Alam, Kuala Lumpur, Subang, Kelantan dan Pulau Pinang.

Terbaru, butik di Alamanda Putrajaya dibuka pada 25 Januari tahun ini.

Aminuddin sudahpun meletak jawatan di badan berkanun tersebut dan menguruskan perniagaan tersebut sepenuh masa. Beliau mengendali operasi perniagaan dan kewangan manakala isterinya menumpukan pada rekaan dengan lima hingga enam orang pembantu.

Fareeda sebelum ini bergantung kepada ejen luar bagi penghantaran. Kini stok dihantar menggunakan lori mereka sendiri, beberapa ratus tudung pada satu-satu masa, kata Aminuddin.

“Setakat ini kami ada satu lori. Jika terlalu mustahak, kami akan gunakan kereta syarikat (untuk penghantaran). Kami mahu menambah satu atau dua lagi lori tetapi itu bergantung (kepada prestasi 2015) kerana kami merancang untuk meluaskan perniagaan ke Johor Bahru.

Tiada pinjaman perniagaan setakat ini

Pastinya aspek yang paling menghairankan dalam selok -belok perjalanan Fareeda ini adalah faktor kewangannya. Mereka tidak pernah membuat sebarang pinjaman perniagaan, kata Aminuddin.

Tambahnya, mereka baru sahaja melaburkan kembali keuntungan untuk pertumbuhan syarikat.

“Kami tidak membelanjakan apa yang kami perolehi pada peringkat awal dengan sewenang-wenangnya – bukan sebab kami tidak mahu meminjam tetapi kami tidak melihat keperluannya”.

Tambahnya, Fareeda juga sentiasa mendapat permintaan, maka pasangan itu berharap mereka masih dapat menguruskan kos dan mengekalkan pertumbuhan tanpa pinjaman perniagaan.

Kadar pusing gantinya adalah RM34.3 juta pada 2013, yang boleh diterjemah kepada RM3.1 juta dalam bentuk keuntungan bersih. Hal ini menjelaskan kedudukan kewangan mereka.

Maka, apa yang menjadi rahsia perniagaan mereka?

“Falsafah kami mudah – kami membuat produk unik, elegan dan eksklusif dengan kelainan untuk pelanggan kami. Kami fokuskan pada aspek ini,” katanya.

Ia merupakan formula yang menjadi untuk pelanggan sasaran mereka – wanita Melayu, Islam berusia antara 20 hingga 50 tahun. Menurut Aminuddin, segmen populasi ini dianggarkan berjumlah empat juta orang.

“Pelanggan kami bercampur-campur tetapi kebanyakannya wanita berkerjaya berpendapatan menengah, dalam sektor awam dan swasta, mengikut kajian kami.”

Pengeluaran Fareeda hanya dapat dipenuhi ketika waktu puncak. Operasi pengeluarannya kini berkembang dengan dua pusat pengeluaran di Bangi dan di Kelantan. Namun ia masih tidak memadai.

Fareeda kekal di Malaysia walaupun terdapat permintaan dari luar negara. Permintaan yang tinggi dari dalam negara sudah menjadi kebiasaan, hinggakan mereka sering terputus bekalan. Paling teruk, ia berlaku dalam tahun 2013.

“Bayangkan, kami terpaksa menutup butik di Shah Alam dua minggu sebelum Aidilfitri kerana terputus stok.

“Malah di Bangi, pelanggan beratur ratusan orang setiap hari. Rekaan terbaru kami habis terjual beberapa jam selepas kami memperkenalkannya semasa waktu puncak seperti Aidilfitri.

[Baca laporan asal di Kinibiz]

Laporan terdahulu:

Dari impian, tudung Fareeda jadi empayar

Lihat Komen
ADS