Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Sesetengah orang tiada masalah bangun pagi untuk beratur di hadapan kedai bagi mendapatkan barang yang dihajati.

Kebanyakannya duduk di atas kaki lima di hadapan kedai. Ada yang berbaring, melelapkan mata seketika sebelum terbit matahari.

Ada yang membawa anak kecil. Mereka bukan menunggu untuk membeli keluaran terbaru telefon bimbit iPhone.

Barisan individu ini tidak sapat untuk mendapatkan koleksi rekaan terbaru tudung Fareeda, yang hanyna dikeluarkan dalam kuantiti terhad.

Koleksi ini hanya boleh didapati di butik utamanya di Bangi.

“Ini satu dilema bagi kami,” kata pengarah urusan Fareeda Global Resources, Aminuddin Basirron kepada KINIBIZ.

Jelasnya, individu yang beratur itu merupakan pelanggan mereka. “Kami tidak boleh menghalau mereka”.

Keghairahan pelanggan berkenaan yang sanggup menunggu di luar kedai sebelum fajar setiap kali Fareeda Global Resources menerbitkan koleksi terbaru menunjunjukkan kekuatan jenama tersebut.

Perniagaan yang berusia sembilan tahun pada tahun ini malah mencetus pasaran baru – tidak pernah terjadi sebelum ini.

Rekaannya yang eksklusif menyebabkan harganya menjadi berlipat kali ganda daripada harga jualan tudung biasa.

Operasi yang digerakkan oleh 300 orang kakitangan dengan lapan kedai di seluruh Malaysia berjaya menarik hasil sebanyak RM30 juta setiap tahun.

Ia bermula dengan idea Aminuddin dan isterinya, Faridah Zakaria sembilan tahun lalu ketika mereka tinggal di Pulau Pinang.

Impian jadi nyata

Pada tahun 2006, Aminuddin masih lagi menjawat jawatan yang selesa dalam satu agensi berkanun tempatan. Pasangan ini bagaimanapun mempunyai cita-cita besar, dan didorong oleh semangat untuk berjaya.

“Kami sentiasa membaca kisah kejayaan orang lain,” kata Aminuddin di pejabatnya di Bangi. Beliau mengimbau kembali semangat mereka untuk berniaga.

“Tentulah dari segi material, kami ingin kehidupan yang lebih baik. Rumah lebih besar, kereta yang lebih baik,” katanya.

Hasrat tersebut membawa mereka ke dalam beberapa perusahaan perniagaan. Aminuddin masih bekerja sepenuh masa pada masa itu, maka Faridah menguruskan sebahagian besar aspek perniagaannya.

Mereka turut mencebur dalam bidang makanan dan minuman dan turut membuka perkhidmatan spa untuk wanita.

Namun, perniagaan itu menghadapi rintangan, antaranya ekoran saingan sengit. Walaupun dapat bertahan, keuntungannya tidak seberapa. Maka, pada satu hari Aminuddin memberi cadangan kepada isterinya – cadangan yang mengubah hidup mereka.

“Saya dapati isteri saya ada bakat menjahit – ibunya seorang tukang jahit. Saya juga tahu dia sangat kreatif, jadi saya kata, mari kita tukar perniagaan.

“Mari kita buat sesuatu yang dia suka dan dapat mencurahkan idea,” kata Aminuddin.

Isterinya bersetuju. Pada masa itu, tudung dengan rekaan tersendiri masih belum mendapat sambutan. Faridah membuat rekaan dan menghasilkan tudung itu sendiri.

Pada April tahun itu, mereka mula menjual kepada anggota keluarga, sahabat handai dan juga rakan sekerja Aminuddin.

Pada pertengahan 2006, sambutan yang diterima adalah di luar jangkaan mereka. Tudung rekaan Fareeda mendapat banyak perhatian, hanya dengan cakap-cakap pelanggan yang berpuas hati.

Tidak lama selepas Aminuddin ditukarkan ke Selangor, mereka mula menerima pengedar rasmi rudung Fareeda di negeri luar Lembah Kelang termasuk Pahang, Kelantan, Johor dan Sabah.

Pada awal 2008, perniagaannya mula mendapat perhatian media. Fareeda muncul dalam segmen program wanita di Wanita Hari Ini dan TV1.

Akhbar berbahasa Melayu seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian juga mula membuat liputan ke atas Fareeda. Alasannya? Rekaan jenama Fareeda yang lain dari kelaziman mencetus kegilaan pembeli.

“Trend pada masa itu adalah tudung tanpa corak dengan warna terang. Pada masa itu, tudung dengan sengkuap masih belum menjadi popular.

“Sengkuap” itu merujuk kepada bahagian hadapan di birai tudung, di atas dahi pemakainya. Fareeda mengkaji konsep tersebut dan membuat inovasi. Ada rekaan yang dijahit terus pada tudung tersebut, dengan warna berbeza.

“Ada yang tidak suka rekaan kami – mereka kata terlalu ketara, terlalul terang dan macam-macam lagi.

“Tetapi ramai yang menyukainya. Walau ada kesangsian seperti itu kami tetap mendapat pengikut atas idea baru kami.

Secara asasnya, ia adalah pendekatan samudera biru. Mereka tidak mencebur ke dalam bidang sedia ada tetapi mencipta segmen baru. Maka, tudung muncul menjadi pakaian fesyen baru.

Populariti Fareeda pastilah memberi keuntungan kepada perniagaan mereka. Walaupun masih berpengkalan di rumah, dengan lima hingga enam orang pembantu, Fareeda berjaya mengaut hasil sehingga enam angka setiap bulan.

Faridah dapat menghasilkan sehingga 3,000 tudung setiap bulan dengan menggunakan dua mesin jahit terpakai.

“Kami beli dua kerana ia dari jenis berbeza dengan keperluan jahitan berbeza,” jelas Aminuddin.

Tambahnya, mereka tidak mahu terus membeli mesin paling baik dalam pasaran kerana masih lagi baru bermula dan masih mencuba.

Kemudian timbul lagi satu masalah: Jumlah peminat yang datang ke rumah mereka untuk mendapatkan rekaan Faridah semakin ramai.

Pasangan itu kemudiannya mula mencari premis yang sesuai untuk perniagaan mereka pada 2009. Mereka menemuia satu ruang tingkat atas di Bangi.

“Kami memisahkannya kepada dua ruang, jadi kami ada satu butik kecil supaya pelanggan lebih mudah datang ke kedai kami,” kata Aminuddin.

“Sebelum itu, penjual biasanya akan datang mendapatkan stok atau kami akan hatar ke kawasan berdekatan di Bangi, Puchong dan Sungai Besi,” katanya.

Selepas mereka berpindah ke premis tersebut, Fareeda mula mengalami perubahan mendadak.

[Baca laporan asal]

Lihat Komen
ADS