Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Hilmi Yahya bersetuju dengan kecaman Siti Zailah Mohd Yusof (PAS-Rantau Panjang) bahawa masih ramai anggota parlimen yang terus merokok di sebalik kempen menangani tabiat itu.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan sejauh keberkesanan kempen 'Tak Nak Merokok" dan jumlah perbelanjaan serta sejauh mana kerajaan melibatkan MP yang menurutnya masih ramai yang merokok.

"Kita sebagai pengubal dasar, tapi suruh rakyat berhenti hisap rokok," kata Siti Zailah dalam soalan lisan tambahannnya.

"Dalam hal ini saya bersetuju dengan (YB) Rantau Panjang (berkaitan) ada ahli Parlimen juga merokok," jawab Hilmi di Dewan Rakyat.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak mempunyai perangkaan jumlah kes, individu yang telah berhenti merokok termasuk kos perbelanjaan kempen memandangkan ia sudah lama dilaksanakan dan beliau akan memaklumkan secara bertulis.

Ditanya mengeni kesan kempen itu di kalangan pelajar dan kanak-kanak yang bersekolah, Hilmi berkata beliau mengakui wujud usaha untuk melibatkan kumpulan itu yang terjebak dengan merokok.

Jualan sisha

Ketika ini, katanya, terdapat kebimbangan pihkanya mengenai usaha penjualan sisha berbentuk pen pada harga RM10 kepada kanak-kanak sekolah.

"Kementerian Kesihatan Malaysia hantar orang. Kita nak beli dia tak mahu jual. Hantar budak sekolah pergi beli, dia jual. Ada usaha melibatkan kanak-kanak sekolah, dan untuk akhirnya dia merokok.

"Ini yang membimbangkan sebab dia mula dengan sisha jenis pen, kemudian (hisap) vape. Dia juga (akhirnya) terlibat dengan mula merokok," katanya.

Menurutnya lagi, masyarakat peru mempunyai kesedaran tentang bahaya merokok dan menghisap vape yang juga mengandungi nikotin turut memberi kesan kepada orang sekeliling.

"Ada hujah menyatakan vape, dia bukan asap, tapi ia vapor. Tapi dia ada nikotin. Kalau tak ada nikotin tak ada 'kick'. Kalau ada nikotin, juga melibatkan orang lain, dan orang lain dapat hidu asap dan risiko juga yang sama (dengan rokok).

"Ada (juga) hujah, kalau rokok ada 7,000 bahan kimia, dalam rokok, 87 peratus daripada bahan itu boleh menyebabkan kanser. Vape juga ada bahan yang boleh menyebabkan kanser," katanya.

Lihat Komen
ADS