Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Kementerian Kesihatan mengakui pencapaian kempen untuk menghapuskan tabiat merokok di kalangan masyarakat berada ditahap kurang memuaskan sekalipun kerajaan berusaha bersungguh-sungguh menanganinya.

"Memang Kementerian Kesihatan Malaysia bersungguh-sungguh untuk menghapusan tabiat merokok. (Tapi) pencapaiannya kurang memuaskan.

"(Sebanyak) 23 peratus (daripada rakyat Malaysia) adalah lelaki, (yang berumur) 18 tahun ke atas adalah perokok. (Dan) wanita pula sebanyak 1.5 peratus yang merokok.

"Kerajaan telah mengadakan 486 kilinik berhenti merokok di seluruh Malaysia. Tapi kejayaan adalah 18 peratus daripada mereka yang datang untuk berhenti merokok," kata timbalan menterinya, Datuk Seri Hilmi Yahya.

Beliau menjawab soalan lisan Datuk Wee Jeck Seng (BN-Tanjong Piai) berhubung pencapaian kempen berhenti tabiat merokok pada 1998 dan sejauh mana keberkesanan program dan jumlah perokok yang mengikuti modul pelaksanaannya.

Tanpa menjelas jumlah perokok tegar, Hilmi berkata sebanyak 70 peratus daripada kumpulan itu mahu menghentikan tabiat tersebut tetapi berdepan dengan kesukaran berbuat demikian walaupun bertukar menghisap vape.

"Kalau ikut amalan dan pengalaman memang perokok ini, dia cuba berhenti berkali-kali, setiap perokok (datang) sehingga 8 klinik baru boleh berhenti merokok.

"Kalau tanya perokok, sebanyak 70 peratus mahu berhenti. (Tapi) memang susah untuk berhenti. Ada yang tukar, merokok kepada vape. Dia tukar bukannya berhenti merokok, tapi akhirnya dia hisap dua-dua sekali.

"Dan pergi (dengan menghisap) ke sisha juga, susah nak berhenti. Sebab itu, kita daftarkan denga mewarta pelbagai tempat larangan merokok," katanya di Dewan Rakyat.

Zon larangan merokok

Menjawab soalan Wee mengenai usaha kerajaan memastikan usaha memperluaskan zon larangan merokok di seluruh negara tercapai, Hilmi berkata pihaknya telah merancang untuk memperluaskan zon larangan merokok di semua kawasan yang dapat diakses oleh orang awam.

"Kementerian Kesihatan Malaysia telah mewarta 21 tempat larangan merokok termasuk kawasan rehat dan rawat, di semua lebuh raya dan taman permainan di kawasan tersebut.

"Kementerian telah mengumumkan untuk mewartakan semua taman awam, dan taman negara, sebagai kawasan larangan merokok bermula Januari 2016.

"Di bawah plan strategik kebangsaan bagi kawalan tembakau, rancangan itu (dipelruaskan) untuk kedai makan yang tidak berhawa dingin, pasar awam turut dirancang," katanya.

Selain itu, kemneterian juga akan mengukuhkan tindakan penguatkuasaan di kawasan yang terlibat dengan penglibata agensi , penurunan kuasa meneluarkan notis di tempat yang diwartakan dan adtiviti advokasi menolak budaya merokok dan berani menegur orang yang merokok di kawasan larangan.

Lihat Komen
ADS