Kit Siang persoal sokongan belah-bahagi Adenan buat PM

   

Kenyataan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem semalam adalah petunjuk sokongan beliau yang meragui kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang.

"Kenyataan Adenan dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak adalah paling menarik, kerana ia tidak lebih satu sokongan tetapi petunjuk betapa longarnya sokongan ketua menteri itu kepada Najib sebagai perdana menteri," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Adenan dilaporkan berkata bahawa BN Sarawak sedia mempertimbang semula kesetiaannya kepada Najib jika perdana menteri didapati bersalah dalam kes berkaitan 1MDB.

“Saya boleh beri jaminan jika beliau didapati bersalah dalam kesalahan berkaitan 1MDB, kami mungkin pertimbangkan semula kesetiaan padanya,” katanya.

Lim berkata kenyataan ketua menteri Sarawak itu sesuatu yang "berani dan bebas" tidak seperti kenyataan menteri-menteri BN yang lain.

Bagaimanapun, katanya, kenyataan itu tidak kena pada tempatnya, kerana kata-kata Adenan menyatakan bahawa ada kemungkinan mereka akan kekal setia kepada Najib, walaupun dia didapati bersalah.

Sebaliknya, Lim berkata, Adenan dan semua pemimpin BN lain di peringkat kebangsaan secara automatik perlu membatalkan kesetiaan mereka kepada Najib sekiranya perdana menteri didapati bersalah berhubung kes berkaitan 1MDB.

"Adakah ruang untuk keraguan jika ini menjadi kesnya?" soal Lim.

Tambahan pula, pemimpin DAP itu berkata beliau yakin Najib tidak akan didapati bersalah berhubung salah laku selagi dia masih perdana menteri.

Memetik kumpulan anti-rasuah antarabangsa Transparency International, Lim berkata tiada seorang pun daripada lima pemimpin yang paling rasuah di dunia didapati bersalah semasa mereka berkuasa.

[Baca berita penuh]

Komen

PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Malaysiakini
terkini untuk anda

Sign In