Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
AMK saran DAP tukar separuh kerusinya dengan AMANAH
Diterbitkan:  Jan 19, 2016 9:19 AM
Dikemaskini: 3:05 AM

Ketika DAP bergelut untuk mengikis label 'anti-Melayu' terhadap parti itu, rakan sekutunya PKR menyarankan DAP menukar separuh daripada kerusi majoriti Cina yang diwakilinya sekarang dengan Parti Amanah Negara (AMANAH).

Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), Chang Lih Kang berkata, sebagai pertukarannya, DAP boleh bertanding di kerusi majoriti campuran atau majoriti Melayu yang dijangka diperuntukkan kepada parti serpihan PAS itu.

"Ini akan membantu AMANAH mendapatkan sebilangan kerusi yang boleh menang manakala DAP mencapai transformasinya untuk menjadi parti berbilang kaum," katanya dalam satu kepada Malaysiakini semalam.

Walaupun DAP mungkin berdepan risiko kekurangan separuh jumlah kerusi yang disandangkan sekarang seandainya AMANAH kalah dalam semua kerusi yang ditukar itu, namun Chang berkata, ia sesuatu yang perlu untuk mengubah DAP menjadi sebuah parti untuk semua rakyat Malaysia.

Katanya, AMANAH boleh menang di kerusi berkenaan sekiranya DAP memberi sokongan.

ADUN Teja itu berkata DAP berada di kemuncak politiknya selepas memenangi 37 kerusi Parlimen dan 105 kerusi negeri dalam pilihan raya umum 2013.

Ini, digabungkan dengan struktur yang teratur dan ahli-ahli parti yang berdisiplin, akan menyediakan tapak yang subur untuk transformasi DAP.

Chang (gambar) juga menegaskan bahawa DAP menghadapi masalah persepsi di kalangan pengundi Melayu, walaupun ia telah bekerja keras untuk memenangi hati dan minda mereka.

Beliau berpendapat bahawa punca kepada rasa tidak percaya Melayu terhadap DAP itu dikaitkan dengan modus operandinya.

Ini disebabkan oleh DAP yang aktif dalam politik di kawasan majoriti Cina, yang seterusnya menyumbang kepada tanggapan bawah ia kurang sensitiviti terhadap orang Melayu, katanya.

Beliau berkata, jika DAP hanya meningkatkan keahliannya di kalangan orang Melayu tetapi masih bertanding di kawasan majoriti Cina, maka janji transformasi itu tidak akan membantu untuk mewujudkan DAP yang benar-benar berbilang kaum.

Chang berpendapat bahawa hanya apabila DAP bertanding di sejumlah besar kerusi campuran atau kerusi Melayu, maka baru ia akan dapat memperbaiki persepsi terhadap modus operandinya.

Dalam reaksinya, seorang pemimpin Pemuda DAP mencadangkan Chang menggunapakai strateginya itu di Selangor terlebih dahulu, dengan menyingkirkan PAS dari pentadbiran negeri itu.

Pengarah pendidikan politik Pemuda DAP, Chiong Yoke Kong mencadangkan PKR terlebih dahulu menggantung semua wakil PAS di Selangor dan memberi laluan kepada rakan sekutunya yang baru, AMANAH.

Memandangkan DAP, PKR dan AMANAH telah membentuk satu pakatan baru di bawah Pakatan Harapan, maka Chiong (gambar) berkata, PKR tidak seharusnya memainkan isu mengenai kubu kuat PAS.

Sebaliknya, kata beliau, kerusi PAS perlu diambil alih oleh AMANAH.

[Baca berita Penuh]

Lihat Komen
ADS