Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Bagaimana sekarang, AG, adakah RM2.6b sumbangan atau urusan perniagaan?'
Diterbitkan:  Feb 6, 2016 7:32 PM
Dikemaskini: 11:50 AM

Bola kini di gelanggang Peguam Negara (AG) Tan Sri Mohamad Apandi Ali, kata wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin selepas seorang menteri Saudi menyangkal dakwaan bahawa RM2.6 bilion yang didepositkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Najib Abdul Razak adalah sumbangan sepertimana yang didakwa oleh AG apabila membersihkan Najib daripada sebarang salah laku.

"Dan apa yang Apandi akan lakukan sekarang?" tanya Kadir sambil bertanya adakah AG tetap dengan keputusannya atau adakah beliau akan membuat pemeriksaan teliti sama ada beliau dibohongi?

Siapa tahu, tanya Kadir lagi, kertas yang bertan-tan yang diserahkan kepada AG oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Bank Negara, mungkin bukan semuanya karya fiksyen?

Beliau mengingatkan Apandi bahawa pada 26 Januari, AG itu memberitahu media bahawa RM2.6 bilion yang didepositkan ke dalam akaun peribadi Najib adalah sumbangan daripada keluarga diraja Saudi, tanpa sebarang ikatan.

Kadir turut menegaskan bahawa Apandi telah secara unilateral membersihkan PM daripada sebarang salah laku berdasarkan premis 'sumbangan'.

Walaupun mengakui bahawa British Broadcasting Corporation (BBC) menyokong cerita Najib seperti yang dikatakan oleh Apandi, dengan menyatakan jumlah itu disumbangkan oleh keluarga diraja Saudi, Kadir berkata pendedahan terbaru oleh Menteri Luar Saudi, Adel bin Ahmed al-Jubeir telah mengubahnya.

Beliau menegaskan tentang petikan-petikan Adel dalam akhbar New York Times (NYT) sebagai berkata dia tidak fikir wang itu adalah dari kerajaan Saudi atau ia adalah sumbangan politik.

Kadir menganjurkan bahawa antara berita BBC yang berdasarkan sumber dan laporan NYT beratribut, beliau memilih untuk mempercayai NYT.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS