Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
WSJ dakwa lebih AS$1 bilion dalam akaun Najib
Diterbitkan:  Mar 1, 2016 11:00 AM
Dikemaskini: 7:22 AM

Akhbar The Wall Street Journal ( WSJ ) dalam laporan terbaru mendakwa deposit ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berjumlah lebih daripada AS$1 bilion.

Ini termasuk desposit AS$681 juta (RM2.6 bilion) yang menurut Najib dan pihak berkuasa Malaysia sebagai sumbangan politik.

Walau bagaimanapun, laporan WSJ itu tidak memperincikan bagaimana baki AS$1 bilion itu disalurkan ke dalam akaun bank Najib dan dari mana dana itu berasal.

Memetik sumber, laporan WSJ itu hanya berkata baki jumlah wang yang tidak didedahkan itu didepositkan ke dalam akaun Najib sebelum pemindahan RM2.6 bilion berkenaan.

"Sebahagian besar wang di luar daripada dana AS$681 juta yang dikenal pasti sebelum ini datang pada tahun 2011 dan 2012, kata dua orang yang biasa dengan aliran wang ke akaunnya dan seorang yang rapat dengan siasatan di luar negara," petik laporan WSJ .

Ia juga mendakwa bahawa sebahagian besar wang AS$1 bilion itu berasal dari 1MDB, dan bukannya dari Arab Saudi.

"Bagi kesimpulan AG Malaysia bahawa AS$ 681 juta yang didepositkan ke akaun Najib adalah sumbangan keluarga diraja Arab, penyiasat antarabangsa mendapati tiada bukti yang menunjukan demikian, menurut mereka yang biasa dengan siasatan," petik laporan itu lagi.

Malaysiakini sedang berusaha mendapatkan maklum balas dari Pejabat Perdana Menteri dan 1MDB mengenai dakwaan terbaru WSJ ini.

Najib telah berulang kali menafikan dakwaan bahawa beliau menerima wang daripada 1MDB, dan mengecam laporan WSJ itu sebagai palsu dan berniat jahat.

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali juga telah ‘membersihkan’ Najib daripada sebarang salah laku jenayah berkenaan dengan sumbangan RM2.6 bilion dan wang RM42 juta SRC International Sdn Bhd yang juga disalurkan ke akaunnya.

Apandi juga mendakwa sebahagian besar wang RM2.6 bilion itu telah dipulangkan.

Menurut WSJ , siasatan di dua negara lain juga bersetuju bahawa sebahagian besar wang RM2.6 bilion itu telah dikembalikan, tetapi memetik mereka sebagai berkata mereka mempercayai bahawa wang itu datang daripada 1MDB.

"Para penyiasat percaya wang itu bergerak melalui transaksi web yang kompleks di beberapa negara dan dengan bantuan dua bekas pegawai Abu Dhabi dan kerajaan di Teluk Parsi yang mana 1MDB mempunyai hubungan mendalam," kata laporan WSJ .

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS