Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
RAC pertahan ambil alih semua jentera kereta api
Diterbitkan:  Mar 31, 2016 8:00 PM
Dikemaskini: 12:06 PM

Perbadanan Aset Keretapi (RAC) membidas bantahan Kesatuan Pekerja Keretapi Tanah Melayu (RUM) dan Persatuan Pegawai-pegawai Kanan KTMB (SOA) berkenaan rancangannya mengambil alih semua jentera kereta api di negara ini.

RAC berkata, pengambilalihan jentera itu termaktub bawah Seksyen 92 (2) Akta Keretapi 1991, yang menyebut segala harta dan lialibiliti yang dahulunya bawah Keretapi Tanah Melayu adalah terletak hak kepada RAC secara automatik.

“Berdasarkan hal tersebut juga, turut menjadi hak RAC adalah tanah-tanah yang telah dirizabkan sebelum penubuhan Akta Keretapi 1991 untuk industri perkeretaapian, yang mana sebelum ini adalah bawah pegangan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP).

“Harta yang dimaksudkan meliputi tanah kereta api berstatus rizab dan hak milik bangunan, stesen, landasan, lokomotif yang dibeli oleh kerajaan, kuarters, jambatan, terowong, culvet, jentera, peralatan telekomunikasi, dan elektrifikasi serta semboyan,” kata RAC dalam kenyataannyai.

RUM dan SOA hari ini membantah rancangan RAC yang ingin mengambil alih semua jentera kereta api di negara ini.

Setiausaha Agung RUM Subramaniam M Ramakrishnan berkata, jentera jenis six car set (SCS), set kereta api elektrik (ETS) dan operator management centralized (OMC) ini sebelum ini diuruskan KTMB.

Katanya, sekiranya RAC mengambil alih kesemua jentera tersebut ia hanya akan merugikan KTMB.

RUM dan SOA turut merancang menghantar memorandum kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak minggu hadapan untuk memohon usaha RAC itu dihentikan.

Sementara itu, RAC berkata penubuhannya melalui Akta Keretapi 1991 bertujuan untuk mengurangkan kebergantungan industri perkeretapian negara.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS