Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tanpa pengarah 1MDB mungkin beroperasi secara haram

Agensi pelaburan milik kerajaan, 1MDB, mungkin melanggar Akta Syarikat 1965 jika ia gagal melantik pengarah baru selepas 31 Mei ini, kata peguam Razlan Hadri Zulkifli.

Bercakap kepada Malaysiakini Razlan berkata 1MDB mungkin melanggar peruntukan tertentu akta berkenaan pelantikan tidak dibuat sebelum akhir bulan ini.

"Syarikat itu tidak boleh berfungsi jika tiada lembaga pengarah.

"Kemudian ia menjadi haram dan syarikat itu boleh didenda mengikut Akta Syarikat," katanya.

Bagaimanapun Razlan menyatakan 1MDB masih mempunyai banyak masa untuk mengisi kekosongan jawatan itu bagi mengelak ia beroperasi secara haram.

Razlan diminta mengulas kenyataan Kementerian Kewangan Diperbadankan (MoF Inc) sebelum ini yang menerima peletakan jawatan lembaga pengarah 1MDB.

Menurut MoF Inc peletakan jawatan itu berkuat kuasa pada 31 Mei dan pengganti lembaga pengarah itu akan dilantik kemudian.

Tawar letak jawatan

Mengikut undang-undang sesebuah syarikat perlu mempunyai sekurang-kurangnya dua pengarah pada setiap masa.

Sementara itu ketika dihubungi Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata beliau tidak tahu mengenai perkara itu.

"Saya dalam mesyuarat sekarang. Bolehkah anda menghubungi presiden 1MDB? Saya belum tahu butirannya sekarang," katanya.

Presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy pula enggan memberikan komen mengenainya.

"Saya benar-benar tak pasti mengapa anda menghubungi saya kerana pengumuman itu dibuat oleh kementerian kewangan. Semua pertanyaan anda sepatutnya ditujukan kepada kementerin kewangan," katanya.

Ekoran laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengenai siasatan 1MDB pada bulan lalu lembaga pengarah agensi berkenaan menawarkan peletakan jawatan masing-masing.

Dalam laporan PAC setebal 106 halaman itu, sejumlah kelemahan pentadbiran dan pembuatan keputusan dikenal pasti.

Antara cadangan dibuat PAC ialah supaya bekas pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi serta pegawai berkaitan disiasat.

MoF Inc juga bersetuju menerima semua cadangan dikemukakan dalam laporan PAC itu.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS