Dalam minggu pertama berkempen di Sungai Besar, ketiga-tiga parti politik yang bertanding dilihat cuba meraih sokongan daripada penduduk bagan yang merupakan sebuah perkampungan nelayan.
Rungutan utama penduduk kawasan itu ialah ketidak stabilan pendapatan ekoran keadaan gelombang laut yang tidak menentu.
Pada masa yang sama, mereka turut menyuarakan kebimbangan akan ditahan oleh pihak berkuasa marin Indonesia apabila terlalu jauh berkemudi ke tengah laut.
Namun, jika berada terlalu dekat dengan pantai juga akan mendatangkan masalah kerana kapal yang lebih besar dengan pukat tunda boleh memusnahkan dasar laut.
Tan Chai Heng adalah pemilik salah sebuah daripada tiga bot yang ditahan berhampiran Batam, Indonesia pada 3 Mac yang lalu.
"Mereka kata bot kami boleh keluar (dilepaskan) tetapi sekarang mereka kata tidak, " kata Tan ketika ditemui di pejabat MCA Sekinchan.
Kapten dan anak kapal lain masih dalam tahanan, walaupun usaha untuk membebaskan mereka telah dilakukan.
Bot itu adalah jenis kapal laut dalam yang biasanya keluar ke laut dalam jaak antara 5 hingga 12 batu nautika atau 12 hingga 30 batu nautika dari pantai - bergantung kepada kategori lesen, Kelas B atau Kelas C.
Kapal laut dalam lesen A dikhaskan untuk nelayan pantai yang menggunakan bot nelayan tradisional dan jaring.
Tan berkata, kos untuk menggantikan bot yang hilang itu boleh mencecah sehingga RM1 juta.
Beliau yang pernah menjadi nelayan juga tidak terkecuali menempuh pengalaman yang sama ketika di laut dahulu.
"Saya lihat mereka (pasukan peronda maritim Indonesia) beberapa kali. Saya terpaksa memotong pukat tunda bersih dan hilang tangkapan.
"Jika mereka nampak bot kami, mereka datang untuk memotong jaring dan kemudin mengheret kita ke perairan Indonesia," tambahnya.
"Ada juga kes nelayan kita ditembak, " dakwanya, sambil mengakui ia berlaku lama dahulu.
