Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Apandi, henti pertahan Najib, beritahu siapa 'Malaysian Official 1'

SUARA MP l Jawapan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berhubung saman sivil oleh Jabatan Keadilan (DOJ), Amerika Syarikat semalam menimbulkan kebimbangan serius.

Pertama, secara hormat, beliau seharusnya membuat keputusan berhubung pendiriannya. Adakah beliau bertindak sebagai peguam bela bagi perdana menteri atau sebagai pendakwa raya Malaysia?

Pada pendapat saya, beliau tidak sepatutnya tampil membela Najib. Beliau perlu mengekalkan kebebasannya dan terbuka kepada hakikat bahawa dakwaan serius yang dibuat dalam saman itu mungkin memaksanya untuk membuka semula kes berkenaan pada satu peringkat.

Membuat komen umum dan mengeluarkan ugutan yang berselindung bermaksud bahawa beliau mempunyai "kebimbangan dengan sindiran dan rujukan" yang dibuat terhadap perdana menteri pada peringkat ini dan mungkin menjejaskan keyakinan orang ramai berhubung perananya sebagai pendakwa raya.

Perdana menteri mampu menjaga dirinya sendiri. Pendakwa raya harus kekal tidak berat sebelah dan bebas.

Apandi juga tidak seharusnya bersembunyi di sebalik semantik undang-undang dalam usaha untuk menangkis kebimbangan yang disuarakan ke atas liabiliti 'Malaysian Official 1' dalam saman itu.

Beliau berkata tidak ada bukti yang menunjukkan bahawa wang telah disalahgunakan dari 1MDB, dan tidak ada sebarang tuduhan jenayah terhadap mana-mana individu atas kesalahan penyalahgunaan wang daripada 1MDB.

Sekali lagi, dengan hormat, ini bukan persoalannya.

'Tidak dinamakan' bukan bermakna tidak bersalah

Ia bukan label tetapi kebenaran yang diambil kira. Sama ada atau tidak terdapat kelakuan yang mewajarkan pendakwaan jenayah bergantung kepada fakta setiap kes.

Sebagai contoh, dalam saman sivil bagi ganti rugi yang berbangkit daripada serangan, adalah benar bahawa saman sivil difailkan tetapi dakwaan serangan mungkin mencukupi untuk menyokong pendakwaan jenayah.

Begitu juga, dalam kes saman yang difailkan untuk mendapatkan semula wang yang didakwa salah digunakan, salah disalurkan atau sebaliknya.

Fakta sama juga boleh mewajarkan siasatan jenayah dan pertuduhan jenayah.

Jadi, untuk mengatakan bahawa seseorang individu tertentu tidak dinamakan atau bahawa tidak ada tuduhan jenayah terhadap mana-mana individu tidak mewajarkan penutupan subjek perbincangan sama sekali.

Dalam kes ini, Apandi harus bermula dengan memberitahu kita siapa itu 'Malaysian Official 1'.

Apandi perlu menjawap soalan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara, Tony Pua semalam apabila beliau bertanya:

"Halaman 75, perenggan 263 dokumen (saman sivil) menyatakan bahawa Peguam Negara Mohamed Apandi Ali telah membersihkan Malaysian Official 1 dalam siasatan berhubung wang AS$681 juta."

Oleh itu, Pua menggesa Apandi menjelaskan dakwaannya bahawa wang yang disalurkan ke dalam akaun berkenaan adalah daripada penderma Arab.

Pua berkata dokumen dari DOJ Amerika Syarikat mencadangkan bahawa wang AS$681 juta berasal daripada terbitan bon AS$3 bilion oleh 1MDB.

Ini keputusan yang tidak betul dibuat oleh Apandi. Sekarang, berdasarkan saman itu, ini perlu diberi perhatian.

[Baca berita penuh]


Gobind Singh Deo adalah Pengerusi Biro Undang-undang DAP dan Ahli Parlimen Puchong.

 

Lihat Komen
ADS