Terjemahan Sejurus selepas malaysiakini menyiarkan satu laporan eksklusif pada jam 10.18 pagi kononnya tiga menteri dan seorang menteri besar akan didakwa atas tuduhan rasuah, pejabat kami dihujani panggilan telefon dalam orang ramai dan juga ahli-ahli politik.

Mereka begitu sekali ingin tahu identiti empat ahli politik terbabit yang akan didakwa atas tuduhan rasuah tersebut.

Dalam keadaan tergopoh-gapah untuk mengetahui butir-butir lanjut mengenainya, mereka terlupa untuk membaca satu sambungan kepada berita utama itu yang dengan jelas mengatakan bahawa ianya adalah satu 'usikan sempena April Fool'.

Salah seorang wartawan kami telah menerima pesanan SMS daripada pegawai seorang menteri bertanya mengenai empat menteri yang dilaporkan itu, manakala yang lainnya pula cuba meneka identiti "geng empat" yang dilaporkan itu.

Peguam Negara berang

Kami juga telah menerima 'maklumat' daripada wartawan akhbar-akhbar lain bahawa Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail berang apabila ditanya mengenai 'laporan ekslusif' tersebut.

Abdul Ghani dikatakan sebagai berkata laporan tersebut "keterlaluan" dan beliau akan meminta pihak polis supaya menyiasat perkara tersebut.

Kami juga telah diberitahu oleh para wartawan terbabit mengenai kemungkinan polis akan membuat serbuan.

Kami telah telah mendapat tahu bahawa sebuah tabloid mahu membuat susulan terhadap berita tersebut tanpa menyedari bahawa ianya adalah 'satu usikan April Fool'

Sementara itu, mereka yang menyedari laporan tersebut hanyalah 'usikan April Fool' benar-benar berharap agar Perdana Menteri mengotai janji-janjinya untuk membersihkan pentadbirannya daripada rasuah.

"Walaupun ianya satu usikan April Fool, tetapi saya tetap berharap suatu hari nanti PM akan bertindakan terhadap mereka (penyangak politik)," kata Art Chan yang menulis di dalam blog Screenshot Jeff Ooi.

Siapakah Ralf Opilo?

Sementara itu, seorang lagi pengirim emel bernama'Edmund' berkata: "Selepas membaca laporan April Fool di malaysia, saya berharap berita muka depan akhbar Star mengenai kenaikan tambahan bas dan teksi juga satu 'jenaka' tetapi malangnya ia adalah benar. Adalah kita akan ditimpa inflasi, tidak?".

Beberapa orang pembaca membuat tekaan berhubung laporan tersebut, terutama mengenai bahagian yang memetik seorang analisis politik dan badan pemikirnya.

Bagaimanapun, mereka kemudian menyedari bahawa Ralf Opilo adalah susunan semula huruf-huruf yang terdapat dalam ejaan 'April Fool' manakala akronim atau singkatan bagi Societal Hegemony and Advancement Movement sebenarnya ialah 'sham' yang bermaksud "muslihat".

Tujuan malaysiakini menyiarkan laporan tersebut adalah untuk menjana debat di kalangan rakyat mengenai isu rasuah dan untuk mengingatkan rakyat Malaysia bahawa tiada apa yang berlaku sejak Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berjanji sewaktu pilihanraya umum tahun lalu, untuk membanteras amalan rasuah dalam kerajaan.