Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Perolehan hasil masa depan 'Wolf of Wall Street' diasingkan
Diterbitkan:  Aug 2, 2016 12:57 PM
Dikemaskini: 8:58 AM

Semua keuntungan masa depan yang diperolehi oleh firma Red Granite melalui filem blockbuster 'The Wolf of Wall Street' akan disimpan berasingan sementara menunggu keputusan saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) di Amerika Syarikat untuk merampas aset lebih AS$1 bilion berkaitan 1MDB.

Perjanjian antara firma perfileman Hollywood milik anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz dan DOJ itu dicatatakan dalam satu kenyataan mahkamah, lapor akhbar The Wall Street Journal (WSJ).

Red Granite juga bersetuju untuk mengasingkan keuntungan masa depan filem 'Friends with Kids' terbitan tahun 2012, meskipun DOJ tidak memfailkan saman penyitaan terhadap filem itu.

DOJ bulan lalu memfailkan saman sivil untuk merampas aset, termasuk perolehan masa depan dari filem 'The Wolf of Wall Street' yang dakwanya dibiayai oleh wang dana daripada 1MDB.

Adalah tidak jelas anggaran jumlah perolehan masa depan itu.

WSJ mengandaikan jumlah itu tidak terlalu besar tetapi sekadar beberapa juta dolar hasil jualan kepada rangkaian televisyen dan syarikat video atas permintaan seperti Netflix.

Menurut akhbar itu, filem yang diterbitkan pada bulan Disember 2013 mencatatkan kutipan AS$400 juta di box office, tetapi tidak semua hasil diperolehi oleh Red Granite.

Dalam samannya bulan lalu, DOJ mendakwa Red Granite menerima AS$64 juta sebuah syarikat yang berdaftar di British Virgin Island atas nama Aabar, yang digunakan untuk pembikinan filem 'The Wolf of Wall Street'.

1MDB memindahkan AS$3.5 bilion kepada Aabar BVI, yang berkongsi nama yang hampir sama dengan sebuah anak syarikat International Petroleum Investment Corporation (IPIC).

1MDB berkata ia memindahkan dana kepada Aabar BVI selepas diberitahu oleh pengarah urusan IPIC, Khadem Al Qubaisi dan pengerusi Aabar, Mohamed Al Husseiny bahawa firma BVI adalah anak syarikat IPIC.

Walau bagaimanapun, IPIC dalam satu kenyataan kepada bursa London berkata Aabar BVI bukan subsidiarinya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS