Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
PERKASA hairan PAC enggan buka semula kes 1MDB
Diterbitkan:  Aug 10, 2016 9:14 AM
Dikemaskini: 1:23 AM

PERKASA melahirkan rasa kecewa dan hairan dengan keengganan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Hasan Arifin untuk membuka semula siasatan terhadap 1MDB.

"Biro Integriti, Anti-Rasuah dan Salahgunakuasa PERKASA berpendirian bahawa siasatan PAC terhadap 1MDB tersebut perlu dibuka semula memandangkan siasatan PAC yang terdahulu pun masih kurang lengkap, lebih-lebih lagi apabila PAC gagal untuk memanggil Jho Low serta Riza Aziz, dua nama penting yang sering disebut terkait dengan skandal 1MDB tersebut.

"PAC sepatutnya mengemaskini siasatan mereka seiringan dengan pendedahan yang telah dibuat oleh pihak kerajaan Amerika Syarikat melalui Peguam Negaranya, Loretta E. Lynch," kata setiausaha biro tersebut, Muhammad Faiz Na'aman dalam satu kenyataan semalam.

Katanya, siasatan semula PAC itu penting kerana Amerika Syarikat mendakwa bahawa wang yang dicuri dari 1MDB telah digunakan oleh beberapa individu tertentu untuk membeli aset seperti lukisan mewah, hartanah mewah, jet peribadi dan pembiayaan filem "Wolf of Wall Street" yang dikaitkan dengan Riza Aziz dan Jho Low.

PERKASA mempersoalkan alasannya Hasan bahawa laporan jawatankuasa tersebut telah dibentang di parlimen, dan isi laporan tersebut juga telah dilaporkan oleh media, dan tindakan tegas telah diminta diambil terhadap pengurusan 1MDB.

Antara yang mendesak siasatan semula tersebut ialah beberapa anggota PAC itu sendiri seperti Tony Pua, Datuk Takiyuddin Hasan dan Timbalan Pengerusi PAC Tan Seng Giaw.

Pua telah keluar dari mesyuarat PAC pada hari Isnin selepas keengganan Hasan untuk membuka semula siasatan PAC, manakala ahli parlimen pembangkang dalam jawatankuasa, kecuali Tan, dilaporkan tidak menghadiri mesyuarat semalam sebagai tanda protes terhadap keputusan Hasan itu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS