Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Antara kasih sayang dan penderaan seks mangsa kanak-kanak

LAPORAN KHAS l Patricia dapat merasakan mata ayahnya yang memandang dirinya setiap kali dia berjalan ke bilik air. Perasaan itu tidak pelik; baginya, ia adalah sesuatu yang lazim.

Bapanya memerhatikan dirinya mandi sejak ibunya meninggal dunia ketika dia berusia lapan tahun. Pintu bilik mandi sentiasa dibiarkan terbuka luas.

Bagi Patricia (bukan nama sebenar) bapanya bimbang akan keselamatannya.

Ibunya meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami selepas terjatuh di bilik mandi. Kejadian itu sentiasa menghantui kehidupan mereka.

Apabila umurnya meningkat 15 tahun, Patricia mula dilamun cinta dan hubungan pasangan muda itu mula berputik. Ketika itu, dia mula menyedari ada yang tidak kena apabila bapanya sentiasa memerhatikan dirinya mandi.

Patricia adalah antara mangsa yang diberi nasihat oleh sebuah pertubuhan advokasi hak-hak kanak-kanak, Protect and Save the Children.

"Gadis remaja tidak menyedari bahawa ini tidak wajar sehingga dia menjalinkan hubungan. Sempadannya begitu kabur," kata pengasas NGO itu, Madeleine Yong.

Menurut Yong, pesalah biasanya memenuhi keperluan emosi kanak-kanak. Ini menjadikan garisan sempadan yang kabur dalam interaksi di antara mangsa dan pendera.

"Apa yang mangsa muda fikir adalah ‘dalam usaha bagi saya untuk mendapatkan kasih sayang, saya perlu melakukan hubungan seks.’

“Sesetengah orang berfikir seks adalah kasih sayang, dan mereka sentiasa menggunakan seks untuk memikat pesalah itu," katanya.

Pesalah biasanya adalah ahli keluarga atau seseorang yang dipercayai oleh mangsa, menjadikan garis sempadan semakin kabur.

Kanak-kanak juga mempunyai kesukaran untuk menilai antara penderaan dan kasih sayang kerana kekurangan pendidikan seks, kata Yong.

Lazimnya,tidak ada ciri-ciri yang jelas untuk mengenal pasti jika seseorang itu berbahaya atau selamat untuk didekati.

Yong berkata terdapat contoh mengenai paderi atau imam yang mencabul kanak-kanak di tempat-tempat ibadat.

Dalam satu kes, Yong berkata seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun dibawa oleh jirannya ke masjid tetapi sebaliknya didera.

"Ia begitu buruk sehingga dubur dan kemaluannya koyak. Dia terpaksa menjalani pembedahan. Selama setahun, dia terpaksa membawa beg kolostomi," katanya.

Beg kolostomi digunakan mengumpul sisa atau najis selepas pembedahan yang memintas kolon kerana adalah terlalu sakit untuk membuang air besar dengan cara semulajadi.

Menurut Yong, pesalah itu membiarkan gadis itu berdarah ditepi jalan selepas mencabulnya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS