Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Pak Lah pilih tak campur kes Anwar pada 2004
Diterbitkan:  Nov 1, 2016 3:17 PM
Dikemaskini: 8:13 AM

Ketika menjadi perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi memilih untuk tidak campur tangan dalam rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat pada 2004, walaupun terdapat gesaan berbuat demikian daripada pelbagai pihak.

Abdullah juga bersetuju untuk mempercepatkan pengeluaran pasport untuk Anwar selepas pembebasannya supaya pemimpin pembangkang itu boleh mendapatkan rawatan di luar negara.

Sementara menantunya Khairy Jamaluddin dihantar untuk memaklumkan keputusan itu.

“Sebagai orang Islam saya bertanggungjawab kepada Allah.

“Tugas saya sebagai ketua eksekutif tidak memberikan hak kepada saya untuk campur tangan dalam bidang kehakiman,” katanya, seperti dimaklumkan oleh bekas timbalan pengerusi New Straits Times Press Kalimullah Hassan.

Kalimullah memberitahu perkara ini kepada wartawan Wong Sulong, penulis biografi Abdullah yang dilancarkan semalam.

Wong menulis bahawa kenaikan Abdullan mempunyai kaitan dengan kejatuhan Anwar pada 1998.

Katanya, Anwar ketika itu “salah perkiraan dan kalah”, yang kemudian membawa kepada pemecatannya oleh perdana menteri ketika itu Tun Mahathir Mohamad.

Berkaitan pemecatan itu, Abdullah berkata beliau terkejut dengan perkembangan itu dan menelefon Mahathir dari New York, ketika menghadiri persidangan di Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

“Selepas dengar penjelasan Mahathir, Abdullah beritahu perdana menteri bahawa beliau puas hati dan Mahathir mendapat sokongannya,” menurut biografi itu.

Pada 2004, ketika rayuan Anwar dibawa ke Mahkamah Persekutuan, Kalimullah dan Khairy didekati beberapa ahli perniagaan dan ahli politik, mendesak supaya Abdullah campur tangan dalam kes itu.

Perkara sama berlaku kepada penasihat khas perdana menteri Annuar Zaini tetapi Abdullah tidak berganjak dengan pendirian itu.

'Akan jawab pada Tuhan'

Kalimullah berkata beliau dan Khairuy memberitahu Abdullah bahawa campur tangan hanya menguatkan kepercayaan bahawa pihak eksekutif benar-benar campur tangan dalam bidang kehakiman.

“Jika keputusannya bebaskan Anwar, saya harus hormat dan terima. Jika mereka buat keputusan berat sebelah dengan mengabaikan bukti-bukti, di akhirat kelak mereka akan jawab kepada Tuhan.

“Begitu juga dengan saya, jika saya campur tangan dalam keputusan mereka, saya harus jawab di hadapan Pencipta saya,” kata Abdullah, seperti dipetik oleh Kalimullah.

Susulan keputusan itu, Khairy dihantar ke rumah Anwar untuk memberitahu bahawa kerajaan akan mempercepat permohonan pasportnya tetapi beliau harus memohon segera.

Dua minggu sebelum itu, isteri Anwar, Datuk Seri Wan Azizah Ismail, bertemu Abdullah untuk memohon pembebasan Anwar supaya suaminya dapat segera mendapatkan rawatan di Jerman.

Abdullah pada hari keputusan diumum juga bertemu dengan timbalannya ketika itu Datuk Seri Najib Rzak, menteri pendidikan Hishamuddin Hussein, menteri dalam negeri Tan Sri Aseh Che Mat dan ketua polis negara Tan Sri Bakri Omar untuk membincangkan sama ada akhbar patut dibenar memuatkan keputusan mahkamah di muka depan.

Ia kemudian disiar di muka depan dua akhbar berbahasa Inggeris The Star dan The New Straits Times, yang turut memuatkan penghakiman penuh.

“Secara keseluruhannya, Abdullah percaya pada pemilihan pengarang media arus perdana dan benarkan kelonggaran kepada media untuk ketengahkan kelemahan dalam pentadbirannya.

“Satu-satunya perkara yang Abdullah tidak boleh tolak ansur apabila akhbar memainkan isu perkauman dan agama, sebagai bukti beliau bertindak terhadap pengarang dan akhbar dan mencabul prinsip itu,” kata Wong.

Hilang kawalan dalam kabinet

Antara pembaharuan dibuat, menurut biografi itu, Ketua Pengarang Kumpulan Malaysiakini Steven Gan diundang ke hari terbuka hari raya Abdullah dan memberi pengiktirafan Kementerian Penerangan kepada wartawan portal itu.

Bagaimanapun, media itu, menurut buku itu, kekal meragui pentadbiran Abdullah susulan ancaman penggunaan Akta Hasutan 1948 dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 terhadap media.

Wartawan Sin Chew Daily Tan Hoon Cheng, penulis blog Raja Petra Kamaruddin dan anggota parlimen Seputeh Teresa Kok bawah ISA semasa pentadbirannya.

Bagaimanapun, terdapat pihak menyalahkan menteri dalam negeri ketika itu Tan Sri Syed Hamid Albar.

Ia juga membawa kepada peletakan jawatan menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim.

“Tetapi kelihatan Pak Lah tidak lagi menguasai kabinetnya sendiri, atau dengan kata lain, nasibnya sendiri,” nasibnya sendiri,” peguam Edmund Bon dipetik sebagai berkata.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS