Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Razali: Tiada bukti dakwaan 'seks dan wang' di S'gor

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati tiada bukti wujudnya perkhidmatan seks yang melibatkan urusan dengan kerajaan negeri Selangor, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim.

"Ada pernah dakwaan dibuat, bukan oleh kerajaan, tapi dari pihak sana, beritahu tentang perkhidmatan seks. Itu disiasat

"Bila disiasat, bukti (mengenainya) kita dapati tidak wujud," kata Razali ketika menggulung perbahasan Bajet 2017, dengan tumpuan kepada SPRM dan Felda.

Ini merujuk kepada aduan kepada SPRM oleh Rafizi Ramli (PKR-Pandan) mengenai dakwaan terdapat permintaan untuk wanita dan wang dari pihak-pihak tertentu dalam urusan yang melibatkan kerajaan Selangor.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali berkata tuduhan itu adalah sebahagian daripada kempen untuk memburuk-burukkan kerajaannya.

Razali menyentuh tentang dakwaan tersebut ketika menjawab soalan mengenai siasatan SPRM terhadap 1MDB di Parlimen malam tadi.

Terdahulu dalam ucapannya, ahli Parlimen Muar itu turut menyentuh tentang skandal rasuah Jabatan Air Sabah.

"Buat masa ini, siasatan kes itu hanya menjurus kepada penglibatan pegawai-pegawai kerajaan yang terima rasuah serta salah guna kuasa.

"Ia tidak melibatkan mana-mana ahli politik sama ada di peringkat negeri Sabah atau kerajaan persekutuan

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS