BERITA

Air mata Orang Asli Temiar undang aksi dari aktivis hijau

Geraldine Tong

Diterbitkan
Dikemaskini 12 Dis 2016, 12:06 tengahari

Pengerusi Himpunan Hijau Wong Tack menyaksikan penderitaan dan kesedihan Orang Asli Temiar ketika 47 aktivis yang membuat sekatan di hutan Gua Musang ditangkap dan dibawa ke mahkamah untuk direman.

Sejak itu beliau berikrar untuk menyokong mereka semampu yang boleh.

"Bila mereka (Orang Asli yang ditahan) keluar dari lokap, saya melihat semua wanita menangis dengan mendukung bayi mereka, ia terlalu menyentuh hati saya.

"Bila saya menyaksikan semua penderitaan dan kesedihan mereka dan melihat semangat juang mereka yang kuat ... saya amat kecewa, jadi saya berjanji saya akan menyokong mereka," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Mengotakan janjinya, Wong Tack, bersama-sama lebih 30 anggota Himpunan Hijau masuk ke hutan di Gua Musang dengan 14 kenderaan pacuan empat roda pada hujung minggu lalu bagi menghantar bekalan makanan kepada Orang Asli berkenaan.

Namun, beliau berkata kenderaan mereka tidak dapat memuatkan  sumbangan makanan yang begitu banyak untuk Orang Asli berkenaan hingga mendorong beliau merancang perjalanan kedua tidak lama lagi.

"Saya tak promosikan acara tu betul-betul, jadi saya terkejut begitu ramai orang memberi respon dan dengan barang makanan yang begitu banyak.

"Apabila (kami) pulang, (peserta saya) bertanya bila kita akan kembali semula," katanya.

Beliau juga bercadang untuk membuat lawatan tetap di sekatan-sekatan yang dibina bagi menghantar bekalan makanan.

[Baca berita penuh]

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.