Saya tidak tahu apa-apa, kata perekabentuk lamanweb Soosai
Terjemahan Pereka bentuk lamanweb yang menyiarkan secara terperinci dakwaan wujudnya kaitan antara pegawai polis Malaysia, termasuk seorang bekas ketua polis daerah, dengan penjenayah yang dikehendaki polis mendakwa dia mereka laman tersebut atas arahan dua lelaki yang datang menemuinya di India.
Terjemahan Pereka bentuk lamanweb yang menyiarkan secara terperinci dakwaan wujudnya kaitan antara pegawai polis Malaysia, termasuk seorang bekas ketua polis daerah, dengan penjenayah yang dikehendaki polis mendakwa dia mereka laman tersebut atas arahan dua lelaki yang datang menemuinya di India.
Rajeev Kumar, pengarah urusan sebuah syarikat India, Hubnet Solution, berkata laman itu yang didedikasikan kepada Michael Soosai yang dituduh memalsukan kematiannya dua tahun lalu diwujudkan selepas dia berjumpa dengan 'seorang lelaki Cina awal bulan ini dan seorang lagi lelaki berbadan tegap dengan ketinggian 6' 5" serta berkulit gelap'.
"Kedua-duanya menemui kami dan meminta supaya diwujudkan laman tersebut. Apa jua imbasan salinan dokumennya, kami tidak tahu apa maksudnya kerana kami tidak faham bahasanya (bahasa Melayu)," jelasnya ketika dihubungi di pejabatnya bandar Patna, di timur laut wilayah Bihar, India.
Kandungan lamanweb itu adalah dalam bahasa Inggeris dan turut menyiarkan imbasan salinan laporan polis dan kenyataan-kenyataan dalam bahasa Melayu. Ianya adalah mengenai pengaruh Soosai yang didakwa terbabit dalam 17 kes jenayah dalam pasukan polis.
Rajeev berkata, beliau tidak memberi perhatian kepada kandungan laman tersebut dan hanya melakukan tugasnya sebagai seorang pereka bentuk lamanweb berkenaan.
Beliau kemudiannya mengikat kontrak dengan syarikat rakannya, Total Internet Solution, yang berpejabat di New Delhi, untuk mengendalikan lamanweb tersebut.
"Apabila pertamakali mereka memberitahu saya mengenai lamanweb itu, mereka berkata namanya lebih kurang mengenai Malaysia-Singapura... Hanya kemudiannya baru mereka memberitahu saya, nama itu ialah michael-soosai. Bagaimanapun, saya telah mereka bentuk laman tersebut dan dibayar pada hari berikutnya," katanya.
Rajeev berkata, beliau tidak kenal siapa Soosai dan tidak menyedari bahawa dia adalah seorang penjenayah yang dikehendaki polis.
Beliau hanya menyedarinya beberapa hari selepas lamanweb itu disiarkan apabila dimaklumkan oleh orang lain mengenai implikasi kandungannya.
Carian yang dibuat mendapati URL (alamat global bagi lamanweb di Internet) lamanweb tersebut didaftarkan di bawah nama Rajeev, tetapi dia menafikan 'domain' itu miliknya.
Dakwaan rasuah
Laman tersebut yang bertajuk 'A Soul Resting in Peace' , mendakwa wujudkan persahabatan di antara pegawai-pegawai polis termasuk bekas Ketua Polis Daerah Kajang (OCPD) Mokhtar Hassan dengan Soosai.
Persahabatan tersebut dikatakan telah melindungi Soosai daripada sebarang tindakan walaupun banyak laporan polis telah dibuat terhadapnya.
Mokhtar kini bertugas sebagai Timbalan Pengarah CID peringkat pusat.
Pihak polis telah menubuhkan sebuah pasukan petugas yang diketuai Mokhtar, untuk mengesan Soosai, yang kini disenaraikan sebagai seorang pelarian.
Bagaimanapun, berikutan dakwaan tersebut, pasukan petugas berkenaan kini diketuai oleh Timbalan Pengarah Bahagian Narkotik pusat, Ismail Omar.
Sementara itu, Rajeev berkata, kedua-dua lelaki berkenaan tidak lagi menghubunginya selepas lamanweb itu mula disiarkan pada 6 Jun lalu.
Ditanya mengapa laman itu masih ada, Rajeec berkata, ia tidak boleh dibuang sekarang dan juga kerana dia hanya memenuhi kontrak itu, serta telah menerima bayaran lebih AS$500 (RM1,900) bagi perkhidmatannya itu.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.