Isa Samad kemuka rayuan hari ini
Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Mohamed Isa Samad hari ini mengemukakan rayuan terhadap penggantungan keahliannya dalam Umno selama enam tahun kerana didapati bersalah melanggar tataetika parti ketika memenangi jawatan naib presiden dalam pemilihan lalu.

Setiausaha sulitnya Asbanizam Baharuddin dan setiausaha akhbarnya Zamri Zainol Abidin menyerahkan surat rayuan itu di sekretariat panel rayuan Umno di ibu pejabat parti di Menara Datuk Onn pada pukul 10.10 pagi tadi.
Asbanizam, yang ditemui pemberita, enggan menjelaskan bentuk rayuan yang dikemukakan sama ada untuk mengetepikan sabitan kesalahan terhadap Isa atau untuk meminta hukuman diringankan.
Menurut laporan Bernama, Zambri berkata biarlah rayuan itu berjalan mengikut prosedur.
Setiausaha politik Isa, Mohd Salim Sharif, yang digantung keahliannya selama tiga tahun juga kerana melanggar tataetika parti, mengemukakan sendiri rayuannya kepada panel itu pagi ini.
Beliau juga enggan menyatakan bentuk rayuan yang dibuatnya itu.

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.