Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
‘Rakyat akan bayar dua kali ganda hutang 1MDB’

SUARA MP l 1Malaysia Development Bhd dan International Petroleum Investment Company yang berpangkalan di Abu Dhabi akhirnya mengumumkan "penyelesaian" yang dinanti-nantikan kepada timbang tara London. Kes itu difailkan oleh IPIC ke atas 1MDB.

Apa yang paling menarik ialah siapa sebenarnya adalah pemenang dan siapa yang rugi?

Ini jelas dapat disimpulkan daripada kenyataan media masing-masing.

Kenyataan 1MDB adalah ringkas, hanya membekalkan butiran terhad selain daripada fakta bahawa "1MDB akan, antara lain, membuat bayaran tertentu kepada IPIC dan bertanggungjawab untuk semua bayaran faedah masa depan dan pembayaran wang pokok untuk dua bon yang diterbitkan oleh syarikat Kumpulan 1MDB Group yang akan matang menjelang 2022" . Tiada angka lain dinyatakan.

IPIC di sisi lain membuat pengumuman terperinci kepada Bursa Saham London, yang menyatakan dengan jelas bahawa:

(i) IPIC akan menerima AS$1.205 bilion melalui dua pembayaran pada 31 Julai 2017 dan 31 Disember 2017; dan

(ii) 1MDB dan MOF Inc akan mengambil alih semua tanggungjawab membayar faedah masa depan dan bayaran pokok bagi bon bernilai AS$3.5 bilion yang sebelum ini dijamin oleh IPIC.

Implikasi dua kenyataan itu adalah amat mengejutkan.

1MDB cuba untuk memberi gambaran penyelesaian secara ‘cerah’ - pertikaian itu diselesaikan tanpa memberikan butirannya.

Sebaliknya, IPIC jelas menunjukkan bahawa firma itu mendapat apa yang dituntutnya, pemulangan pendahuluan tunai AS$1.205 bilion kepada 1MDB sejak Jun 2015 dan melepaskan tanggungjawap sepenuhnya sebagai penjamin kepada bon 1MDB yang bernilai AS$3.5 bilion.

Bagaimanapun, hakikat lebih penting daripada terma penyelesaian itu adalah bahawa 1MDB kerugian AS$ 3.51 bilion bayaran yang kononnya dibuat kepada IPIC dan anak syarikatnya, Aabar Investments PJS.

[Baca berita penuh]


TONY PUA adalah Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara dari parti DAP.

Tulisan yang diterjemahkan ini adalah pandangan peribadi beliau dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Lihat Komen
ADS