Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Penasihat PM mula berbalah?
Diterbitkan:  May 18, 2017 3:37 PM
Dikemaskini: 12:56 PM

Raja Petra Kamaruddin yang sentiasa bertikaman lidah dengan pembangkang, kini mengalih sasarannya kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Irwan Serigar Abdullah berikutan pelantikannya sebagai pengerusi TRX City Sdn Bhd dan Badar Malaysia Sdn Bhd.

Artikel pedas tulisan Raja Petra yang menyerang Irwan mendorong spekulasi bahawa penasihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mula bercakaran sesama sendiri.

Di sebalik keraguan terhadap sesetengah dakwaan Raja Petra, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli (foto, kanan) bagaimanapun percaya artikelnya kali ini memang menunjukkan bahawa terdapat masalah di kalangan penasihat utama Najib mengenai Bandar Malaysia.

"Jelas sekali orang sekeliling Raja Petra tidak berpuas hati dengan pengaruh Irwan dalam berurusan dengan penstrukturan semula hutang 1MDB dengan mengambil kira Bandar Malaysia," katanya kepada Malaysiakini.

Rafizi berkata, beliau menganggap Raja Petra sebagai jurucakap kumpulan bayangan penasihat sekitar Najib.

"Oleh itu, apabila Raja Petra menyerang Irwan, penilaian saya adalah ini mengenai satu kumpulan penasihat menentang kumpulan lain, kedua-duanya agak berpengaruh di sekitar Najib," katanya.

Dalam artikel yang bertajuk "Irwan dan Perjanjian Wanda", Raja Petra mendakwa bahawa ketua setiausaha perbendaharaan itu yang membocorkan maklumat kepada sebuah portal berita tentang penyingkiran Presiden 1MDB Arul Kanda sebagai pengerusi Bandar Malaysia dan ahli lembaga TRX City.

"Bagi ramai, ini adalah satu kejutan kerana Arul telah menjalankan tugasnya dengan baik dalam tempoh dua tahun lalu dalam memulihkan 1MDB dan membawa syarikat itu kembali kepada keuntungan dan berdaya maju," katanya.

Raja Petra mendakwa Irwan (foto, kiri) mahu mengatur perjanjian lain dan Arul adalah penghalang, yang perlu dikeluarkan.

Beliau juga mempersoalkan alasan yang digunakan untuk menyingkirkan Arul dari Bandar Malaysia dan TRX City, iaitu "kemungkin berlaku konflik kepentingan".

"Apa sebenarnya 'konflik kepentingan' Arul? ‘Kemungkinan berlaku konflik kepentingan' sebenarnya adalah alasan yang lemah dan sandiwara," katanya.

Kebenarannya, dakwa Raja Petra, adalah bahawa Irwan mahu menggagalkan perjanjian dengan Iskandar Waterfront Holdings dan China Rail Engineering Corp (IWH-CREC) supaya beliau boleh menyerahkannya kepada kumpulan Dalian Wanda-Malton sebaliknya.

Raja Petra (foto, kanan) juga memberi ingatan kepada Najib tentang menyerahkan tugas-tugas penting kepada orang tertentu.

"Dan jika Najib tidak berhati-hati Bandar Malaysia-TRX ini mungkin bertukar menjadi bencana kedua selepas 1MDB pada tahun 2014.

“Baru selepas Arul selesai membersihkan 1MDB dan membawanya semula kepada keuntungan dan daya maju, kita mula melihat satu lagi malapetaka bakal berlaku,” katanya

Sementara itu, Rafizi berkata, adalah menarik untuk melihat bagaimana Irwan bertindak balas terhadap serangan itu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS