Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah untuk mencabar keputusan kerajaan yang mengenakan sekatan perjalanan terhadapnya pada 15 Mei tahun lalu.

Hakim Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad memutuskan bahawa Seksyen 59A (1) Akta Imigresen 1959 jelas menyatakan bahawa apa-apa keputusan yang dibuat oleh Menteri Dalam Negeri dan Ketua Pengarah Imigresen tidak tertakluk kepada semakan kehakiman, kecuali atas alasan prosedur.

"Ini tidak boleh dipertikaikan sama sekali," kata Hakim Nik Hasmat.

Beliau keputusannya berkata, permohonan yang dikemukakan oleh Maria kini bersifat akademik semata-mata dan tiada keperluan bagi kerajaan untuk mengemukakan alasan bagi sekatan perjalanan yang dikenakan terhadapnya.

Maria dalam permohonannya, memohon perintah mahkamah untuk membatalkan keputusan kerajaan menyenaraihitamkan namanya daripada ke luar negara.

Maria berkata, beliau hanya tahu mengenai keputusan kerajaan berhubung larangan terhadapnya ketika hendak meninggalkan negara.

Dalam permohonan bertarikh 28 Julai tahun lalu itu, beliau menamakan ketua pengarah Jabatan Imigresen dan Kementerian Dalam Negeri sebagai responden

Ini berikutan tindakan pihak berkuasa yang menghalangnya ke Korea Selatan untuk menerima anugerah - Hadiah Hak Asasi Manusia Gwanju - bagi pihak pemantau pilihan raya BERSIH 2 pada 15 Mei tahun lalu.

Maria diwakili oleh peguam, Gurdial Singh Nijhar manakala Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan bertindak bagi pihak kedua-dua responden.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS