Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
PAS: Sebatan terbuka untuk didik masyarakat
Diterbitkan:  Jul 14, 2017 8:59 AM
Dikemaskini: 3:24 AM

Langkah membolehkan hukuman rotan dijalankan di khalayak ramai di Kelantan adalah bertujuan untuk mendidik masyarakat agar menjauhi jenayah, kata Ketua Penerangan PAS, Nasruddin Hasan.

Kerajaan negeri Kelantan yang diterajui PAS meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 (Pindaan 2017) pada hari Selasa, yang antara lainnya membolehkan hukuman sebat dijalankan di khalayak ramai.

"Mereka selesa lihat mungkar dan maksiat terbuka berbanding sebatan syariah secara terbuka.

"Mereka bimbang pelancong dan pelabur lari lintang pukang meninggalkan Kelantan. Anih cara fikir mereka.

"Sebatan syariah secara terbuka ke atas pelaku jenayah syariah yang sabit salah adalah suatu yang wajar dalam peruntukan undang-undang Islam untuk mendidik masyarakat agar jauhi jenayah," katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Langkah itu telah dikritik oleh kumpulan seperti Sisters in Islam dan Lawyers for Liberty.

Sisters in Islam juga menggesa kerajaan negeri Kelantan untuk menunjukkan di mana di dalam al-Quran yang memerintahkan hukuman seperti sebatan terbuka bagi pesalah syariah.

Sementara Majlis Peguam pula dilaporkan berpendapat pindaan itu bercanggah dengan perlembagaan negara kerana Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 - atau lebih dikenali sebagai Akta 355 - belum dululuskan parlimen setakat ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam sidang parlimen yang lalu, membentangkan Rang Undang-Undang Ahli Persendirian untuk meminda Akta 355, bagi menaikkan had penalti bagi mahkamah syariah kepada penjara 30 tahun, denda RM100,000 dan 100 sebatan.

Pada masa ini, mahkamah syariah hanya boleh menjatuhkan hukuman penjara maksimum tiga tahun, denda RM5,000 dan enam sebatan.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS