Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Najib: Barisan HARAPAN umpama ‘program kerja pesara’

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyifatkan senarai kepimpinan Pakatan Harapan sebagai "melucukan" dan menyamakannya dengan persembahan boneka "Punch and Judy".

Bercakap pada Persidangan tahunan Invest Malaysia Kuala Lumpur (IMKL), hari ini, beliau berkata senarai barisan itu tidak mampu memberi keyakinan terhadap ekonomi negara.

Memetik pertikaian antara PKR dan PAS, Najib mendakwa pembangkang kini dalam huru-hara, dan mempersoalkan sama ada pakatan itu masih wujud di Selangor.

“‘Ya wujud’ kata seorang, ‘Oh tidak wujud' kata seorang lagi.

“Ini macam persembahan boneka Punch and Judy.

"Struktur pimpinan baru pembangkang mengarut, ia dilihat seperti program kerja bagi pesara politik," katanya.

Punch and Judy adalah persembahan boneka ganas yang menampilkan Mr Punch dan isterinya Judy. Persembahan itu biasanya dibuat dalam turutan babak pendek, mengetengahkan interaksi dua karektor, biasanya Mr Punch dan satu lagi watak yang selalunya menjadi mangsa pukulan Mr Punch.

HARAPAN baru-baru ini menamakan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusi, manakala Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai ketua umum dan presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula sebagai presiden.

Mengulas lanjut, Najib menyifatkan struktur itu hanya sekadar 'tipu helah', dengan tiga daripada pemimpinnya tidak mempunyai kepastian siapa dalam kalangan mereka mempunyai kuasa eksekutif.

"(Ia) walaupun DAP mengawal gabungan berkenaan di belakang tabir, dengan memegang majoriti kerusi Parlimen," katanya.

Walaupun tidak menyebut sebarang nama, kenyataan Najib itu jelas merujuk kepada Dr Mahathir, 92 tahun. BERSATU memiliki satu kerusi parlimen yang dipegang oleh presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pagoh.

"Tetapi sebenarnya, dalam demokrasi, jumlah bilangan tidak berbohong, dan DAP tetap, setakat ini, adalah parti paling dominan dalam pembangkang.

"Pemimpin DAP sejak separuh abad lalu kini bersembunyi di belakang pemimpin yang pernah memenjarakannya dan cuba menipu orang Melayu yang memikirkan bahawa bekas pemimpin itu adalah calon sementara mereka untuk perdana menteri," katanya.

Adalah dipercayai, Najib membuat rujukan kepada pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang yang ditangkap semasa Ops Lalang pada tahun 1987 ketika menjadi Mahathir menjadi perdana menteri.

[Baca berita penuh]

Sementara itu, Bernama melaporkan, Najib menyifatkan struktur kepimpinan pembangkang yang terbaru diumumkan sebagai melucukan, kerana ia umpama program untuk memberi ruang kepada pesara politik yang lanjut usia kembali bekerja semula.

Beliau berkata adalah sesuatu yang sinis dan mengelirukan juga apabila ada tiga pemimpin dalam struktur itu tetapi tidak jelas siapa dalam kalangan mereka yang mempunyai kuasa eksekutif, dan DAP pula sengaja tidak menonjolkan diri, walaupun parti itu yang sebenarnya menguasai pembangkang kerana memegang majoriti kerusi Parlimen.

"Untuk calon perdana menteri mereka, pembangkang nampak sangat terdesak apabila mereka cuba menanam kepercayaan rakyat bahawa individu itu ialah seorang yang berusia lebih 90 tahun, yang bukan merupakan anggota Parlimen dan partinya hanya mempunyai satu kerusi!

"Tapi kebenarannya ialah dalam sistem demokrasi, nombor tidak menipu, dan DAP tetap setakat ini merupakan parti paling dominan dalam barisan pembangkang,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS