Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kit Siang ‘bangga’ dilabel ‘pemimpin paling berkuasa’ oleh Najib

Dalam satu kenyataan yang menyindir, pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang berkata beliau 'berbangga'  kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini memilih sebuah persidangan antarabangsa untuk melabelkannya sebagai "pemimping paling berkuasa" di Malaysia.

Berdasarkan ucapan Najib, Lim berkata perdana menteri mendakwa beliau mampu melakukan sesuatu yang tidak mungkin dapat dilakukannya.

"Untuk membuat dua bekas timbalan perdana menteri - Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tan Sri Muhyiddin Yassin - dan bekas perdana menteri paling lama berkhidmat, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai macai dan boneka untuk melakukan apa yang saya arahkan, walaupun saya 'bersembunyi' di belakang untuk menipu orang Melayu," katanya.

Lim juga menyoal bila Mahathir menjadi macainya.

"Kenapa harus pemimpin berumur 92 tahun itu, yang pernah menjadi perdana menteri selama lebih satu pertiga daripada sejarah 60 tahun Malaysia, tiba-tiba menjadi macai dan boneka Lim Kit Siang?" soalnya semasa sidang akhbar di Parlimen.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu mengulas ucapan Najib pada persidangan tahunan Invest Malaysia Kuala Lumpur (IMKL), hari ini.

Perdana menteri mengulangi bahawa DAP yang mempunyai bilangan kerusi parlimen paling banyak berbanding sekutunya, kekal sebagai kuasa dominan dalam HARAPAN.

"Sebenarnya, dalam demokrasi, jumlah bilangan tidak berbohong, dan DAP tetap, setakat ini, adalah parti paling dominan dalam pembangkang.

"Pemimpin DAP sejak separuh abad lalu itu kini bersembunyi di belakang pemimpin yang pernah memenjarakannya dan cuba menipu orang Melayu yang memikirkan bahawa bekas pemimpin itu adalah calon sementara mereka untuk perdana menteri,” kata Najib.

Walau bagaimanapun, Lim ingin mengetahui sama ada Najib benar-benar percaya dengan segala "pembohongan" dalam ucapannya hari ini bahawa Mahathir, Anwar dan Muhyiddin adalah macai dan boneka yang dikuasainya.

“Saya yang memegang tali boneka bersembunyi di belakang belakang Mahathir?" katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS