Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Peguam bidas isu anak luar nikah jadi mangsa
Diterbitkan:  Jul 31, 2017 12:07 PM
Dikemaskini: 4:14 AM


Peguam Siti Kasim membidas apa yang dipercayainya sebagai menjadikan kanak-kanak sebagai mangsa dalam isu sama ada seseorang anak-anak yang dilahirkan luar nikah boleh menggunakan nama bapa kandung mereka.

"Adalah menjadi hak setiap kanak-kanak untuk mendapat kasih sayang dari kedua-dua ibu dan ayah. Dia mempunyai hak untuk dibesarkan dalam persekitaran yang penyayang dengan diterima oleh masyarakat.

"Sayang sekali, keadilan seolah-olah menafikan semua ini kepada anak-anak luar nikah di negara kita," katanya dalam catatan di Facebook hari ini.

Beliau mengulas hasrat Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) yang mahu memohon sebagai pencelah apabila kes Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berhubung anak yang dilahirkan di luar nikah boleh bin nama bapa dibawa ke Mahkamah Persekutuan.

Jumaat, 28 Julai lalu, presidennya, Musa Awang memberitahu Malaysiakini, kes membabitkan anak tidak sah taraf itu adalah isu serius kerana ia membawa kesan kepada keturunan umat Islam.

Bagaimanapun, Siti menegaskan bahawa kes yang berlangsung itu adalah prosiding mahkamah sivil.

"Tidakkah mereka ini menyedari bagaimana gelagat mereka? Ini bukan sahaja menakutkan orang Islam, tetapi apa lagi bagi golongan bukan Islam.

"Pertama dan terpenting, ini adalah prosiding mahkamah sivil. Hakim kita yang arif telah menafsirkan undang-undang yang mana wajib dipatuhi oleh JPN dan jelas ini bukan fatwa."

Peguam itu menegaskan bahawa seseorang tidak boleh dijatuhkan hukuman atas kesalahan yang tidak dilakukannya.

"Undang-undang tidak terlibat dalam topik itu sebelum ini, tetapi sekarang mahkamah telah menyelesaikan masalah berkenaan,” katanya.

Mahkamah Rayuan pada 25 Julai lalu memutuskan bahawa anak yang dilahirkan di luar nikah boleh bin nama bapa dan bahawa fatwa mengenainya oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan tidak mempunyai kuasa undang-undang.

Menurut mahkamah, JPN bertindak di luar kuasanya apabila ia mengenakan nama bapa “Abdullah” untuk mendaftarkan anak luar nikah, bertentangan dengan hasrat ibu yang mahu menggunakan nama bapa anaknya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS