Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
‘Perogol tetap salah walau kahwin dengan mangsa’
Diterbitkan:  Aug 8, 2017 4:21 PM
Dikemaskini: 8:23 AM

Mengahwini mangsa rogol tidak akan melindungi pesalah daripada dihukum atas kesalahan rogol yang dilakukan, kata Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Menurut kenyataan kementerian itu, ini adalah jelas dalam kes seorang perogol ang berkahwin dengan mangsanya yang berusia 12 tahun pada tahun 2013, sedang menjalani hukuman penjara.

Ia juga menyebut kementerian mengambil pendirian bahawa perkahwinan kanak-kanak adalah tidak digalakkan dan mereka perlu diberi peluang mengembangkan potensi sepenuh tanpa cabaran mental dan fizikal yang datang dengan perkahwinan.

"Walau bagaimanapun, kementerian akur keputusan mangsa dan keluarga dalam meneruskan perkahwinan bagi pasangan berkenaan menurut lunas undang-undang sedia ada," kata kenyataan itu.

Wanita beragama Islam bawah 16 tahun dibenarkan berkahwin jika mereka mendapat persetujuan daripada mahkamah Syariah.

Kementerian itu mengulas laporan berita semalam di mana menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata mangsa rogol yang berusia 16 tahun itu berada dalam keadaan baik dan merancang untuk bekerja.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS