Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Bayaran tambahan AS$50 juta 1MDB kepada IPIC dipersoal
Diterbitkan:  Aug 11, 2017 6:13 PM
Dikemaskini: 10:24 AM

Pemimpin kanan DAP Lim Kit Siang mahu tahu sama ada bayaran tambahan AS$50 juta yang dibuat 1MDB kepada International Petroleum Investment Co (IPIC) itu adalah bayaran bunga.

"Rakyat Malaysia berhak untuk tahu sama ada bayaran AS$50 juta itu merupakan 'bayaran bunga akibat ingkar bayar hutang' yang perlu dibawar 1MDB sebagai denda kerana gagal membayar hutang mengikut waktu pada tarikh terakhir 31 Julai lalu."

"Adakah penangguhan selama lima hari itu untuk bayaran pertama AS$603 juta yang menjadi sebahagian daripada bayaran penyelesaian mahkamah London terhadap kes 1MDB-IPIC," soal Lim dalam kenyataan beliau hari ini.

Malaysiakini telah menghubungi presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy untuk maklum balas terhadap dakwaan ini.

Dalam kenyataannya hari ini, 1MDB berkata syarikat itu telah, "setakat ini membayar wang sebanyak US$360 juta kepada IPIC."

Syarikat dana pelaburan negara itu sepatutnya membayar IPIC sebanyak US$310 juta pada hari esok.

1MDB berhutang IPIC sebanyak US$603 juta ditambah bunga sebagai sebahagian daripada prosiding timbang tara di antara kedua-dua syarikat tersebut dengan Menteri Kewangan DiPerbadankan (MOF Inc).

Bayaran tersebut pada awalnya perlu dibayar pada 31 Julai.

Bagaimanapun, 1MDB memungkiri janjinya, mendorong syarikat dana pelaburan Abu Dhabi itu untuk memberi 1MDB tempoh waktu tambahan selama lima hari untuk membuat bayaran hutang. 1MDB gagal melangsaikan bayaran hutang mengikut tarikh tutupnya.

Baki tanggungan bayaran kewangan 1MDB kepada IPIC dijangkan perlu dibayar pada 31 Ogos nanti.

Kit Siang mempersoalkan kenapa 1MDB berakhir dengan 'menyerah diri' kepada proses timbang tara IPIC, sedangkan pihak kerajaan sebelumnya menjamin akan menang dalam penyelesaian hutang tersebut.

Kata beliau lagi hal ini menunjukkan perdana menteri Najib Razak gagal dalam menyelesaikan masalah 1MDB seperti yang didakwa beliau sebelumnya.

"Sepanjang 20 bulan lalu, skandal 1MDB bukan sahaja memudar daripada jangkauan orang ramai tetapi telah bertimbun dalam kepantasan, momentum dan tenaga yang semakin bertambah sebagai skandal kleptokrasi yang paling besar di dunia.

"Rakyat Malaysia tidak boleh berbangga di persada antara bangsa sehinggalah kita dapat menyelesaikan skandal 1MDB dan mengubah pandangan negara Malaysia sebagai kleptokrasi global."

Berhubung dengan berita Jabatan Keadilan Negara Amerika Syarikat (DOJ) telah memfailkan perintah untuk menangguhkan saman sivil terhadap 1MDB bagi membantu siasatan jenayah kerajaan AS, Kit Siang mahu tahu apakah pendirian peguam negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali dalam hal ini.

Jun lalu, Apandi berkata tiada bukti 1MDB melesapkan dananya dan tiada pendakwaan jenayah yang akan dibuat.

Lihat Komen
ADS