Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Mahathir, Waythamoorthy berbincang menjelang PRU14
Diterbitkan:  Aug 17, 2017 10:57 PM
Dikemaskini: 3:03 PM

Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan bertemu pemimpin Persatuan Hindraf Malaysia (PHM) P Waythamoorthy untuk membincangkan kemungkinan mengadakan kerjasama dengan pembangkang.

Pertemuan kedua-dua mereka itu dikatakan berlangsung di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya hari ini.

"Kami menyedari komuniti India tidak diwakilkan dengan baik dalam Pakatan Harapan (HARAPAN). Tak ada parti orang India. Memang ada parti pelbagai kaum yang dianggotai masyarakat India, tetapi ia tidak mencukupi.

"Saya fikir kami mengakui hakikat bahawa Hindraf mendapat sokongan orang biasa India, bukan kalangan peguam atau doktor, tapi orang seperti di ladang-ladang.

"Jadi kami berusaha mendekati Hindraf. Jika tidak menjadi anggota HARAPAN, sekurang-kurangnya sebahagian daripada pembangkang," katanya dipetik portal berita FMT.

Bekas perdana menteri itu berkata, beliau beharap PHM itu mampu membantu pakatan pembangkang menguasai kawasan luar bandar.

Pergerakan Hindraf menyumbang kepada protes terbesar komuniti India di Kuala Lumpur pada 2007 apabila puluhan ribu orang turun ke jalan raya kerana membantah perobohan kuil Hindu, serta keadaan sosioekonomi masyarakat itu di negara ini.

Ekoran protes itu pemimpin utama Hindraf termasuk P Uthayakumar ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Mereka hanya dibebaskan pada 2009.

Ketika itu Waythamoorthy hidup dalam buangan di United Kingdom dan terbabit dalam saman ke atas kerajaan UK atas keadaan masyarakat India di Malaysia.

Kemudian berlaku perbezaan pendapat mengenai haluan Hindraf antara Uthayakumar dan Waythamoorthy.

Waythamoorthy kemudian kembali ke Malaysia pada 2012 dan mendaftar secara rasmi pergerakan itu sebagai PHM.

Menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-13 Waythamoorthy menandatangani memorandum persefahaman dengan Perdana Menteri Dartuk Seri Najib Razak.

Selepas kerajaan menyokong pelan tindakan PHM, Wayhtamoorthy menyatakan sokongannya kepada BN.

Selepas PRU Wayhtamoorthy kemudian dilantik menjadi timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri tetapi dia akhirnya meletak jawatan pada 2014 atas alasan kerajaan gagal mengotakan janjinya untuk membantu masyarakat India.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS