Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Ahli exco kerajaan negeri Pulau Pinang, hari ini menafikan bahawa beliau mempunyai wang RM2 juta di dalam akaunnya yang didakwa telah dibekukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Sambil menyatakan rasa terkejutnya semasa membaca laporan itu dalam apa yang digambarkannya sebagai akhbar "kawalan BN", beliau berkata “pembohongan terancang” itu bertujuan untuk merosakkan reputasi dan menamatkan kerjaya politiknya.

Beliau merujuk laporan yang diterbitkan di akhbar arus perdana yang memetik sumber SPRM bahawa akaun bank Phee yang didakwa mengandungi RM2 juta telah dibekukan.

"SPRM harus menyatakan dengan jelas sama ada maklumat tersebut dimaklumkan atau dibocorkan kepada akhbar, atau mengambil tindakan terhadap pihak yang melakukannya," kata Phee pada sidang akhbar hari ini.

"Saya tidak pernah diberi notis atau dmaklumkan oleh SPRM bahawa akaun saya telah dibekukan," kata ADUN Sungai Puyu itu.

"Peguam saya RSN Rayer cuba berjumpa SPRM hari ini tetapi mereka bahawa mereka sibuk dan akan berjumpa dengan saya pada hari lain," kata Phee yang bertanggungjawap mengendalikan portfolio persekitaran, kebajikan dan masyarakat penyayang.

Phee turut menafikan beliau mempunyai RM2 juta di dalam akaun bank, dan berkata pihak media yang menerbitkan laporan itu tidak bercakap dengannya.

Katanya, beliau telah mengarahkan peguamnya untuk menghantar notis undang-undang kepada media kawalan BN berkenaan demi melindungi keluarga dan membersihkan namanya.

SPRM menahan Phee pada 10 Ogos lalu kerana menulis surat yang menggesa Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) supaya tidak bertindak terhadap sebuah kilang penapis karbon di Bukit Mertajam yang beroperasi secara tidak sah.

Suruhanjaya itu turut menyerbu kilang, pejabat MPSP dan pejabat Phee di Komtar, pusat khidmatnya di Sungai Puyu dan rumah pemimpin DAP tersebut di Butterworth dan merampas dokumen yang berkaitan dengan kilang berkenaan.

SPRM merancang untuk menahan Phee selama lima hari untuk membantu siasatan tetapi beliau kemudiannya dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada Isnin lalu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS