mk-logo
Berita
KWSP tekankan proses pelaburan ketat
Diterbitkan:  Sep 14, 2017 12:00 AM
Dikemaskini: 4:03 PM

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja berkata semua pelaburannya melalui penilaian yang ketat setelah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak mengumumkan bahawa dana tersebut akan melabur di antara AS$3 bilion ke AS$4 bilion dalam projek infrastruktur di Amerika Syarikat (AS).

"Selaku tabung simpanan persaraan pekerja, KWSP memastikan setiap cadangan pelaburan perlu melalui proses penilaian risiko yang ketat dan penuh hati-hati bagi melindungi kepentingan 14 juta anggotanya," jelas KWSP dalam kenyataannya hari ini.

KWSP berkata ia memeriksa peluang pelaburan luar negara yang bersesuaian dengan risikonya dan profil pulangannya sebagai tabungan simpanan persaraan yang selari dengan program mempelbagaikan pelaburan luar negara berjangka panjang.

"AS merupakan pasaran utama dunia pelaburan KWSP dengan melihat saiz dan kedalamannya," kata kenyataan itu.

Kenyataan KWSP menambah pada separuh suku pertama 2017, pelaburan luar negara KWSP sebanyak 29 peratus daripada jumlah keseluruhan pelaburan dan menyumbang 37 peratus hasil pendapatan pelaburan.

Awal hari ini, Najib bertemu presiden AS Donald Trump dan beliau mengumumkan hasrat Malaysia membantu memperkukuh ekonomi AS.

Selain daripada mengumumkan pelaburan KWSP, Najib berkata syarikat penerbangan nasional Malaysia Airlines Berhad turut merancang untuk membeli di antara 33 ke 58 pesawat Boeing.

Perdana menteri juga berkata Khazanah Nasional Berhad juga akan meningkatkan pelaburan dalam syarikat-syarikat berteknologi tinggi di AS.
 

Lihat Komen
ADS